Written by Irsa | November 8th, 2019

Siapa yang tonton Gegar Vaganza, pasti dah biasa lihat pengacaranya iaitu Nabil dan Jiham Muse yang suka membahan juri tetap rancangan itu iaitu Datuk Ramli MS. Bukan baru sahaja berlaku tetapi memang daripada musim terdahulu lagi mereka memang suka melawak seperti ini. Tok Ram pun kadang-kadang melayan sama!

Pun begitu, isteri Tok Ram sendiri iaitu Datin Alyah menjelaskan bahawa dia tak terasa langsung dengan usikan Nabil dan Jihan yang ditujukan pada suaminya itu.

alyah tak ambil hati walaupun jihan dan nabil selalu usik suaminya datuk ramli ms

Ulas wanita itu lagi, dia langsung tidak menyimpan dendam pada mereka.

Macam musim kali ini baru minggu pertama saya tengok. Selebihnya saya ada kerja. Tapi, saya dapat banyak mesej peribadi (DM) di Instagram. Jadi, dapat tahu dari situ mereka membahan atau mengenakan saya.

Tak pernah berasa geram atau marah pun. Sebab sudah enam tahun kena perkara sama. Macam-macam mereka cakap, tapi saya di rumah okey saja.

Kadang-kadang, saya tanya juga Tok Ram, kenapa nak kena buat macam tu. Dia cakap, benda macam itu jangan ambil hati. Saya sebenarnya malas ambil tahu pun hingga tak tahu nak beri reaksi apa. Mungkin sebab sudah biasa kan.

alyah tak ambil hati walaupun jihan dan nabil selalu usik suaminya datuk ramli ms

Tambah penyanyi berbakat itu lagi, kedua-dua Jihan atau pun Nabil tidak pernah langsung menghantar mesej meminta maaf kerana dia menganggap bahawa mereka sekadar begurau.

Saya kenal Nabil sejak dia dalam Raja Lawak lagi. Kalau diberi peluang balas balik, banyak saya boleh buat. Tapi, itu kerja mereka, jadi saya biar saja.

Saya juga tak ambil hati atau simpan dendam. Cuma orang sekeliling banyak beri tekanan, sedangkan saya okey saja.

Biasalah untuk menghiburkan lagi rancangan itu, nanti hambar pula kan? Tok Ram pun kalau buat video masakan, pasti tag Nabil dan Jihan, kira ‘kamceng’ la tu!

Sumber: Harian Metro

Written by Bella | August 15th, 2019

Entah kenapa, sesetengah netizen ini seakan suka pula menghina artis sedangkan diri sendiri belum cukup sempurna. Kan lebih mudah, kalau tidak suka dengan seseorang artis, berhenti sahaja mengikuti media sosial mereka.

datin alyah

Baru-baru ini, penyanyi Datin Alyah juga turut dijadikan target untuk netizen melempiaskan rasa amarah dan komen negatif.

instagram alyahMemuat naik sekeping foto bersendirian dengan kata-kata semangat buat dirinya, Datin Alyah berang apabila perkongsiannya itu di salah erti. Tiba-tiba sahaja ada netizen biadab yang meninggalkan komen menghina dirinya dan suami, Datuk Ramli MS.

Bagaimanapun, Alyah tidak berdiam diri dan tampil membidas komen biadab berkenaan.

alyah dihina netizenalyah

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja tinggalkan komen melampau sebegitu. Semoga Alyah bersabar dan jangan tertekan dengan segala komen negatif.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | November 23rd, 2015

Sudah dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Datuk  Ramli MS, ramai yang tanya bila agaknya penyanyi Alyah akan menimang cahaya mata.

Menurut Alyah, bukannya beliau tidak mahu membina sebuah keluarga cuma jadual mereka suami isteri yang agak padat membuatkan mereka tidak pernah terfikir akan hal berkenaan.

Walaubagaimanapun, Alyah mengakui sudah bersedia untuk mendapatkan cahaya mata tahun hadapan jika ada rezeki.

Kini kami sibuk dengan kerjaya seni masing-masing. Insya-Allah jika semuanya sudah selesai, tahun depan baru kami fikir tentang orang ketiga. Sejujurnya, kami tidak pernah membincangkan perkara ini tetapi kami percaya pada rezeki. Jika ada sekarang, alhamdulillah.

InshaAllah, kalau ada rezeki pasti Alyah dan Ramli MS akan dikurniakan dengan cahaya mata. Doakan yang terbaik buat pasangan ini.

Sumber Berita: Media Hiburan

Written by Bella | November 18th, 2015

Jika anda mengikuti rancangan Gegar Vaganza 2 tentu anda sedar bahawa pengacaranya Nabil Ahmad seringkali mengusik juri tetap program tersebut Dato Ramli MS. Antara usikan beliau adalah mengenai Alyah.

Menyedari akan perkara tersebut, Alyah yang mengakui gurauan Nabil itu kadang-kala agak melampau, beluau bagaimanapun tidak terasa dengan usikan mengenai mereka suami isteri dan cua memandang perkara tersebut dari sisi yang positif. Tambahan pula, ia sudah menjadi tugasan Nabil sebagai pengcara untuk memeriahkan lagi program tersebut.

Saya tahu dia selalu mengusik kami. Walaupun kadang-kadang sedikit keterlaluan tetapi saya tetap ambil yang positif.

Saya tahu dia seorang yang gila-gila, jadi tak ada apa perlu diperbesarkan. Mungkin ada orang dia lebih cepat terasa, tapi saya cuma ambil yang positif.

Malah, Ramli MS juga tidak pernah membicarakan soal usik mengusik itu ketika pulang ke rumah.

Bagus betul Alyah, tidak cepat melatah ataupun terasa dengan guraun ataupun usikan yang kadang-kala melampau. Iyalah, kalau semua benda hendak dijadikan isu memang payah la.

Sumber Berita: Harian Metro