March 2nd, 2018

Sejak ditahan reman, disahkan positif dadah dan berdepan dengan dakwaan jenayah, ada pihak yang mula mempertikaikan gelaran Datuk yang diterima oleh pelakon Farid Kamil. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini Farid memberitahu beliau tidak menerima sebarang makluman rasmi bahawa gelaran itu akan ditarik balik. Farid meminta netizen berhenti membuat spekulasi liar berhubung isu tersebut.

Berhubung kontroversi terbabit, saya belum dapat apa-apa maklum balas secara formal mengenai gelaran yang dianugerahkan kepada saya itu.

Farid menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada 16 Disember tahun lepas, sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan.

Terdahulu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku pemangku Raja Pahang menerima baik sekiranya Farid memulangkan Darjah itu dengan rela hati berikutan kontroversi beliau didakwa di mahkamah.

Sumber Berita : BH ONLINE

January 18th, 2018

Kes penahanan Datuk Farid Kamil Zahari, 37, atas empat pertuduhan jenayah baru-baru ini mengejutkan ramai pihak. Ini kerana pelakon itu baru saja menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada 16 Disember tahun lepas, sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan.

Kosmo Online melaporkan, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku pemangku Raja Pahang menerima baik sekiranya Farid memulangkan Darjah itu dengan rela hati setelah Farid  ditahan dan didakwa di mahkamah kerana menampar seorang anggota polis di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran ini.

Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.

Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik,” titah baginda kepada pemberita di sini semalam.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Baginda tidak berhasrat menghukum penerima DIMP sekiranya mereka melanggar undang-undang:

Saya bukan mahu menghukum, tapi mereka sendiri yang tersalah langkah. Kalau kita hendak tarik semula (gelaran Datuk), kita juga harus mengikut prosedur.

Tapi kalau dia hendak pulangkan, itu cara terbaik.

Farid telah dibebaskan dari tahanan reman pada 16 Januari. Empat kes dihadapi Farid ialah mendatangkan kecede­raan yang disiasat mengikut Sek­syen 323 Kanun Keseksaan, menampar polis disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, penggunaan dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mengganggu tugas penjawat awam disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan. – beautifulnara.com