March 14th, 2019

Satu demi satu majlis bagi meraikan perkahwinan Nelydia Senrose menjadi kontroversi. Baru-baru ini,  kek cawan yang dihias menyerupai alat sulit lelaki dan payudara wanita hangat diperkatakan dan mengundang kecaman netizen.

Mengulas mengenai  isu tersebut, Nelydia berkata majlis itu berlangsung secara tertutup dan mengakui sepatutnya ada beberapa perkara tidak perlu dikongsi di laman sosial. Foto yang sebar itu sebenarnya tidak disengajakan. Nelydia sendiri tidak tahu menahu mengenai majlis tersebut.

Ada beberapa perkara yang tidak perlu dimuat naik di laman sosial. Lagipun majlis ini dihadiri semua perempuan. Jadi apa yang anda lihat berlaku secara tidak sengaja. Maaflah.

Bagaimanapun, Nelydia terharu dengan usaha adik-beradik dan rakan baiknya kerana menganjurkan majlis Bachelorette Party yang dianggap kejutan buat dirinya.

Terdahulu, rata-rata netizen menyifatkan parti yang diadakan itu terlalu mengikut budaya barat sehingga sudah tidak malu untuk mempamerkan pula makanan dengan bentuk lucah.

Sumber Berita : Harian Metro

March 12th, 2019

Pelakon Nadiyah Shahab antara salah seorang rakan karib Nelydia Senrose yang turut hadir memeriahkan majlis Bachelorette Party tidak sangka foto ‘cupcake’ bentuk alat sulit lelaki dan payudara wanita akan mengundang kecaman netizen.

Memuat naik foto tersebut di Insta Stories beliau, Nadiyah tidak faham kenapa ia harus dijadikan satu isu besar. Niat beliau hanya ingin berkongsi foto makanan yang ada pada majlis itu.

Ia langsung tidak menjijikkan dan kek itu ditempah dengan rekaan sebegitu hanya sekadar untuk suka-suka sahaja.

Nelydia tidak tahu apa-apa mengenai kejutan Bachelorette Party itu. Dia tidak patut dipersalahkan. Makanan yang dihidangkan pada malam itu disediakan oleh pihak katering yang mengikut tema majlis iaitu ‘Pyjamas Bachelorette Party Nelydia Senrose’.

Ketika memuat naik gambar juadah makanan di Instagram, saya tidak fikir apa-apa dan tidak menganggap ia menjijikkan. Niat saya hanya mahu berkongsi gambar makanan yang ada pada majlis itu. Saya tidak faham kenapa orang perlu mengecam sedangkan ramai saja yang buat manisan sebegitu untuk suka-suka. Lagipun, bukan kami buat perkara tidak baik sepanjang majlis berlangsung.

Tidak mengikut budaya barat, majlis tertutup itu yang dihadiri oleh tetamu wanita sahaja adalah bertujuan untuk mengabdikan momen indah dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Nelydia yang bakal berkahwin tidak lama lagi.

Sumber Berita : Harian Metro

March 12th, 2019

Baru-baru ini, pelakon Nelydia Senrose telah diraikan dalam satu majlis  Bachelorette Party yang diadakan oleh rakan-rakan rapatnya untuk sebagai kejutan istimewa buat bakal pengantin itu.

Betemakan baju tidur, majlis itu disambut meriah dengan pelbagai aktiviti termasuklah sesi tarian yang agak menggoda.

Seperti biasa, kalau ada apa-apa sambutan mestilah ada pelbagai snek dan juga kek. Hidangan pada majlis Nelydia itu menarik perhatian ramai apabila ada beberapa biji ‘cupcake’ dihiasi dengan bentuk alat sulit lelaki serta payudara wanita.

Tentunya ia mengundang kecaman sekali lagi dimana rata-rata netizen menyifatkan parti yang diadakan itu terlalu mengikut budaya barat sehingga sudah tidak malu untuk mempamerkan pula makanan dengan bentuk lucah.

Kalau kami, fikir banyak kali sebelum makan kek itu. Lain macam betul. Apa komen anda?