Written by Bella | September 21st, 2015

Gara-gara berselisih pendapat dengan Edry KRU tentang komen yang diberikan oleh Rozita Che Wan terhadap pelajar AF2015, aktres tersebut kini telah menarik diri untuk terus menjadi pengkritik bagi program realiti berkenaan dan menyifatkan pengetua AF2015 sebagai seorang yang tidak profesional.

Ada yang mendakwa ini semua adalah  drama yang sudah di aturkan oleh pihak produksi daripada awal untuk menghangatkan lagi suasana Akademi Fantasia kali ini kerana sejak awal lagi, ramai yang kurang senang dengan cara Che Ta memberikan komen.

Dihimpit pelbagai kontroversi mengenai perkara tersebut, Che Ta bagaimanapun memberitahu beliau sama sekali tidak serik. Malah, beliau juga tidak perlu memulangkan bayaran tugasan beliau untuk menjadi pengkritik selama 10 minggu meskipun sudah menarik diri. Untung tu..

Memang tak payah pulang sebab depa (mereka) dah kata okay cuma dalam bab-bab begini membuatkan saya mahu lebih berhati-hati pada masa depan. Ada juga yang tanya sama ada saya serik atau tidak untuk menjadi pengkritik.

Jawapan saya mudah, kalau kerja dengan toleransi dan profesional pasti saya akan buat lagi.  Nak serik apa… sebab ini sebahagian daripada kerjaya saya. Yang penting esok saya akan ke Sydney (Australia) untuk bercuti.

Che Ta yang undur diri korang yang panas, sikit punya relax je beliau akan bercuti sedangkan orang sedang sibuk cari pengganti beliau. Harapnya kali ini pihak Astro mampu mencari mereka yang ada pengalaman dalam bidang muzik atau seni persembahan agar pisang tidak berbuah dua kali.

Sumber Berita: Utusan Online

Written by Bella | September 16th, 2015

Perselisihan faham antara pengkritik tetap AF2015, Rozita Che Wan dan Pengetua AF215 Edry KRU antara topik hangat yang menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.  Che Ta yang tidak boleh menerima teguran Edry menyifatkan pemuzik tersebut seorang yang tidak profesional sehingga beliau membuat keputusan untuk menarik diri daripada program realiti tersebut.

Kes ini juga mendapat perhatian seorang lagi pengkritik AF2015 iaitu Datuk Ramlis MS dimana beliau berpendapat Edry dan penonton salah faham mengenai tugas Che Ta.

Mengakui beliau juga pada mulanya mahu tergelak kerana Che Ta sering memberikan komen positif meskipun persembahan sesetengah pelajar teruk, tetapi aktres itu  hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pengkritik awam dan bukannya seorang yang pakar dalam bidang muzik.

Pada minggu pertama, diakui saya nak gelak dengan komen Che Ta yang terlalu positif walaupun persembahan pelajar itu teruk. Jadi saya nasihatkan dia untuk beri komen secara jujur sebagai seorang penonton dan dia buat. Dan saya sokong setiap komen-komen yang diberikan. Cuma dia tidak tahu menggunakan ayat-ayat sesuai orang seni muzik gunakan. Dia bukannya orang muzik.

Dia bercakap mengikut apa yang dia rasa dan saya faham maksudnya itu. Saya anggap isu ini timbul kerana salah faham mengenai tanggungjawab yang diberikan kepada Che Ta. Mereka tidak faham tugas Che Ta sebagai wakil orang awam.

Pada masa yang sama, Ramli MS berharap orang ramai tidak membandingkan beliau bersama Che Ta.

Jangan bandingkan dia (Che Ta) dengan saya. Jangan lihat dia sebagai pengkritik profesional kerana dia hanyalah pengkritik awam yang mewakili masyarakat luar sana.
Saya lihat Edry dan tenaga pengajar sangat prejudis dengan pihak pengkritik. Mereka tidak faham tugas Che Ta sehinggalah saya perlu menjelaskan semula kepada tenaga pengajar dan barulah mereka faham. Saya lihat Che Ta tidak bersalah dalam perkara ini.

Setiap orang ada pendapat masing-masing, tetapi mungkin langkah Che Ta untuk undurkan diri daripada program tersebut adalah wajar beliau pun sebelum ini menerima pelbagai kritikan daripad orang ramai di media sosial dan sedikit sebanyak ia boleh mengganggu emosinya juga nanti.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | September 15th, 2015

Fuh! Memang panas..semakin panas isu Rozita Che Wan yang umumkan beliau menarik diri daripada mejadi juri tetap Akademi Fantasia 2015, kerana kononnya beliau tidak boleh bekerja dengan Edry KRU yang tidak mempunyai sikap profesional apabila Pengetua AF 2015 tersebut menegur  serta mengherdik kritikan beliau hanya sekadar membunuh semangat pelajar-pelajar program realiti berkenaan.

Membalas kenyataan Che Ta , Edry mengalu-alukan aktres itu menarik diri kerana sepanjang beliau menjadi juri AF2015 beliau banyak memberikan komen tidak wajar ataupun tepat terhadap peserta-peserta.

Saya terima keputusan dia menarik diri menjadi juri AF 2015 kerana ia adalah untuk kebaikannya juga. Saya lihat ia keputusan yang wajar. Lebih-lebih lagi dia sering dikutuk peminat-peminat AF 2015 kerana memberi komen yang tidak berasas dan saya setuju tentang hal itu.

Malah, Edry tidak merasa menyesal menegur Che Ta dan beranggapan beliau berhak untuk menegur pengkritik jika mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Sudah lama saya perhati komen yang dia beri terhadap pelajar-pelajar dan ia tidak sesuai. Pada konsert Ahad lalu, saya dah tidak boleh sabar lagi lalu terus menegur dia di belakang tabir.

Mungkin dia tidak tahu bahawa pendapat yang dia beri tidak sesuai untuk program tersebut. Sebagai pengetua, saya berhak menegur pengkritik kerana mereka pun tidak terlepas daripada ditegur.

Bagaimanapun saya tidak mengherdik dia seperti yang diperkatan dan pada masa sama saya tidak menyesal dengan tindakan menegurnya ketika itu.

Pada kami senang sahaja, kalau Edry betul-betul bersikap tidak profesional beliau tentu sudah menegur Che Ta di khalayak ramai. Namun, teguran itu dibuat secara peribadi kerana sebagai seorang ahli muzik beliau mempunyai pendapat yang tersendiri. Apa salahnya Che Ta terima sahaja teguran dengan baik dan jangan cepat melatah?

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | September 15th, 2015

Terus-terang, sejak Rozita Che Wan dilantik sebagai juri tetap Akademi Fantasia 2015 ramai yang berpendapat bahawa kritikan beliau agak tidak kena kerana tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang nyanyian. Walaubagaimanapun, Che Ta kurang ambil peduli tentang komen-komen tersebut tetapi pada hari Ahad lalu semuanya mula berubah.

Dek kerana diherdik oleh Pengetua Akademi Fantasia 2015 iaitu Edry KRU, Che Ta mengesahakn beliau akan menarik diri daripada menjadi juri tetap untuk program realiti berkenaan.  Che Ta nampaknya tidak boleh menerima sikap Edry yang disifatkan terlalu emosi  apabila anggota kumpulan KRU itu melenting selepas Che Ta mengkritik persembahan pelajar.

Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan. Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional. Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi.

Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya. Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya.

che taSementara itu, Edry menjelaskan tindakan beliau itu semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina.

Sebagai pengetua saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.

Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki.

Kita semua tidak boleh nafikan bahawa Edry KRU sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang nyanyian sudah tentu beliau tahu apa yang terbaik buat pelajar AF 2015. Malah, beliau mempunyai empayar bersama adik-beradiknya yang cukup membanggakan. Kepada Che Ta, janganlah mudah terbawa-bawa dengan emosi juga sehingga terus membuat keputusan sebegini dan cuba untuk bersikap profesional juga. Tak salah pun kalau anda cuba selesaikan hal ini secara baik dengan Edry.

Sumber Berita: Harian Metro