Written by Bella | January 10th, 2019

Salah satu artis yang sangat aktif dalam bidang perniagaan, Rozita Che Wan kini hadir dengan kolekis beg tangan jenamanya sendiri yang dijual dengan harga RM249.  Memang gigih betul Che Ta mempromosikan koleksinya itu di akaun Instagram.

Bagaimanapun, ada pihak mendakwa Che Ta menggunakan keuntungan daripada jualan beg tersebut untuk membeli pula beg tangan berjenama mewah lain. Che Ta menafikan dakwaan itu dan mengatakan beliau sudah mempunyai pelbagai koleksi beg tangan sejak dahulu lagi.

Hasrat Che Ta mengeluarkan beg tangan jenama sendiri adalah ingin kaum wanita diluar sana dapat bergaya dengan beg tangan berkualiti setaraf jenama antarabangsa pada harga mampu milik.

Kalau peminat tegar memang pasti akan dapatkan produk daripada artis pujaan mereka. Lepas ini, ramai lah yang boleh nampak ‘vogue’ macam Che Ta.

Written by Bella | November 7th, 2016

Kehidupan mewah pelakon Rozita Che Wan sering mencuri perhatian peminat.  Ada yang gembira kerana rezeki Che Ta begitu luas tetapi ada juga yang mengkritik setiap kali Che Ta berkongsi foto percutian mewah ataupun bergaya di akaun media sosial.

Beberapa orang mula melabelkan Che Ta sengaja ingin menunjuk-nunjuk dengan apa yang beliau ada.

Sudah lali dengan komen negatif, Che Ta bagaimanapun menganggap tidak salah untuk beliau menikmati segala kemewahan yang beliau ada jika berkemampuan. Tambahan pula, beliau sudah bekerja keras untuk hidup lebih selesa.

Perumpamaan ukur baju di badan sendiri itu kena dengan diri saya. Jadi tidak salah kalau saya berbelanja mewah jika semua itu mengikut kemampuan saya.

Berbaju sedondon setiap kali bercuti ke luar negara bersama keluarganya,  itu juga boleh dijadukan isu oleh sesetengah pihak dan tidak dinafikan menjadi mangsa ejekan. Buat Che Ta,  beliau hanya ingin segalanya kelihatan sempurna.

Tidak salah juga kalau saya mengetengahkan konsep sedondon dengan anggota keluarga pada setiap percutian kerana itu juga pilihan saya.

Hinggakan terpaksa mengemas baju seharian untuk memastikan tema pakaian kami anak beranak semuanya sama juga saya tak kisah. Sebab kalau kita mahu semuanya sempurna maka seseorang itu perlu berkorban. Yang penting adalah kepuasan diri.

Che Ta pernah melalui kehidupan susah dahulu demi membesarkan dua orang anak lelakinya. Tidak salah untuk beliau menikmati setiap hasil daripada usaha kerasnya bukan?

Sumber Berita : Utusan Online