Written by Bella | June 15th, 2017

Status yang penuh dengan amarah Rozita Che Wan ataupun Che Ta terhadap seorang pengkid menimbulkan tanda – tanya dikalangan peminatnya. Adakah Che Ta mengamuk kerana pengkid yang dikenali sebagai Delladellon itu sering menganggun dirinya?

Menurut Che Ta, status berunsur  amaran itu dibuat kerana teguran secara baik tidak diendahkan oleh individu tersebut. Sebenarnya, Delladellon telah mengganggu isteri kepada saudara Che Ta sehingga rumah tangga mereka terabai.

Sebagai saudara, saya sakit hati mendengar luahan mengenai isterinya yang mabuk cinta dengan ‘pengkid’ hingga mengabaikan tanggungjawab di rumah. Lebih menyedihkan apabila anak kecil mereka yang baharu mencecah berusia sembilan bulan juga diabaikan.

Karakter isterinya itu berubah dan dia menjadi wanita berbeza selepas mengenali individu terbabit.Jalan akhir adalah dengan mengambil langkah membuat luahan terbuka supaya dia sedar diri.

Sebelum ini pun saudara saya sudah bertemu untuk berbincang secara baik, namun keadaan semakin melarat. Harapan saya, dia sedar tidak baik memporak perandakan rumah tangga orang.

Che ta juga akui beliau kesal dengan sikap Delladellon yang masih ingin menganggu isteri saudara beliau itu dan tidak mahu mengakui perkara tersebut selepas ditanya oleh pihak media. Che Ta juga turut memberitahu beliau mempunyai setiap bukti gangguan yang dilakukan oleh Delladellon.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | June 12th, 2017

Sudah tidak dapat menahan amarahnya lagi, pelakon Rozita Che Wan ataupun mesra dengan panggilan Che Ta memuat naik foto seorang pengkid yang dikenali sebagai Delladellon yang didakwa sering mengganggu dengan panggilan Sayang.

Terkejut juga kami membaca kapsyen yang dimuat naik oleh Che Ta, nampak marah dan rimas sangat dengan pengkid tersebut.

Walaubagaimanapun, identiti pengkid tersebut tidak dapat dikenal pasti. Apa-apa pun, memang patut Che Ta “sound” terus. Takut juga kalau asyik dapat mesej yang agak tidak menyenangkan daripada individu seperti ini. Harapnya selepas ini beliau tidak berani lagi hendak mengganggu Che Ta.