Written by AbangNara | November 9th, 2010

erma fatima letak jawatan dalam natrah

Akhirnya berkuburlah hasrat peminat-peminat teater Natrah. Berdasarkan Harian Metro hari ini, Erma Fatima khabarnya telah meletakkan jawatan daripada menjadi pengarah untuk teater Natrah musim kedua.

Kemungkinan besar punca penarikan diri Erma Fatima ialah kerana tidak tahan dikritik hebat oleh pengkaji sejarah Natrah, Datin Fatini. Kata Erma:-

[note]Bayangkanlah jika usaha dan kejujuran saya dalam menterjemahkan naskhah Natrah ini tidak henti dikritik dan diperkatanya. Saya tidak mahu ada pihak sengaja menumpang publisiti atau mengambil peluang menyelitkan namanya dalam kerja saya seperti dilakukannya sekarang. Hanya ingin melariskan buku biografinya, pelbagai agenda mula dilakukan termasuk mengkritik karya sentuhan saya.[/note]

Dari apa yang kami baca, Datin Fatini tidak berpuas hati dengan satu scene di mana tanda salib ditunjukkan dengan besar dan jelas semasa pementasan Natrah yang pertama dulu. Kami tak tahu pulak macam mana scene tersebut sebab tak sempat pergi tengok teater Natrah dulu. Kata Erma lagi:-

[note]Sakit hati dengan dakwaan dan kenyataan daripadanya (Fatini). Mengapa dia tidak sudah-sudah mempersoalkan hasil kerja saya sejak pementasan siri yang pertama tahun lalu. Kononnya saya tidak sepatutnya meletak salib besar dalam pementasan sedangkan fungsi dan simboliknya benda itu langsung tidak pernah dia tahu.[/note]

Apa pendapat anda pasal perletakan jawatan Erma ini? Nak gak tau.

Written by AbangNara | December 7th, 2009

remy ishak

Sedih dan sungguh menyedihkan. Mesti ramai awek-awek kat luar sana yang tengah bengang sebab pakwe @ hero feveret diorang, si Remy Ishak nie kena belasah. Nie real punya kena belasah nie. Bukan lakonan atau cobaaan. Tiada yang benar melainkan benar belaka.

Remy Ishak dibelasah oleh sekumpulan lelaki pada hari Jumaat lepas selepas selesainya pementasan Teater Natrah. Macam biasalah lepas habis show ada sesi beramah mesra bersama penonton. Pembelasah-pembelasah nie berlagak macam penonton dan mengambil kesempatan untuk hentam Remy masa dia berseorangan. Cedera jugaklah kepala ngan kaki si Remy Ishak nie. Cian kat dia.

Sebab musabab dibelasah hanyalah Remy Ishak sahaja yang tau. Mungkin sebab ada orang jeles dia hensem. Mungkin sebab ada orang jeles dia dapat berlakon ngan Maya Karin. Mungkin jeles sebab dapat bayaran tinggi untuk Natrah. Kami tak tahu apa sebab sebenarnya. Kita nantikan penjelasan daripada tuan punya badan nanti.

Buat Remy, semoga tabah menghadapi cabaran dan liku ranjau bergelar seorang pelakon. Teruskan usaha anda. Kata orang, alah bisa tegal biasa. Buat derk ajer ngan semua nie. Biasalah kat dunia nie mana ada semua orang suka kat kita. Mesti ada yang benci dan cemburu dengan kejayaan kita. Pedulikan mereka-mereka itu.