Written by AbangNara | May 23rd, 2012

Malam semalam, secara ekslusif Fasha Sandha sendiri telah pun berkongsi perkembangan terbaru mengenai kehamilannya kepada Abang Nara. Semalam, Fasha ditemani suami tercinta telah pun menjalani ujian kehamilan yang kedua di Prince Court Medical Centre. Dan syukur Alhamdulillah, doktor yang ditemui Fasha iaitu Doktor Paul telah pun mengesahkan kehamilannya.

gambar fasha sandha terbaru

Doktor Paul telah pun cuba melakukan ujian pengimbas namun oleh kerana kehamilan masih terlalu awal, tidak ada apa-apa yang boleh dikesan. Menurut Doktor Paul, apabila masuk minggu ke 6 ke atas barulah bayi boleh nampak melalui teknik scanning. Pastinya Fasha dan Jejai tidak sabar-sabar untuk melihat bakal cahaya mata mereka.

gambar fasha sandha terbaru

Semalam juga Doktor Paul telah mengambil darah Fasha Sandha untuk melakukan ujian toxoplasma. Ini adalah kerana setiap hari Fasha Sandha terdedah kepada kucing. Untuk anda yang tidak, Fasha membela 8 ekor kucing di rumahnya dan setiap hari Fasha membelai dan memegang kucing-kucing tersebut. Namun semalam, Doktor Paul telah menasihatkan Fasha agar tidak lagi dekat dengan kucing peliharaannya kerana najis dan bulu kucing adalah tidak selamat untuk ibu mengandung.

gambar fasha sandha terbaru

Walaupun sedih, buat masa ini Fasha akan mengagihkan 8 ekor kucing peliharaannya kepada keluarga terdekat dan rakan-rakan rapatnya. Fasha melahirkan rasa kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan kucing-kucingnya yang sangat disayangi. Fasha turut rasa bimbang kerana takut kucing-kucingnya akan sedih apabila berada di rumah baru. Untuk makluman anda semua, Fasha Sandha sememangnya seorang yang sangat gemarkan kucing. Jadi kalau anda juga pencinta kucing, pastinya dapat memahami perasaan Fasha.

gambar fasha sandha terbaru

Berdasarkan pemeriksaan semalam, Doktor Paul telah pun menjangkakan due date kelahiran cahaya mata Fasha dan Jejai pada 9 Februari 2013. Bercakap kepada Abang Nara semalam, Fasha jelas sangat teruja kerana bakal anaknya akan berbintang Aquarius. Apa pun perlu diingatkan bahawa due date tersebut hanyalah jangkaan daripada doktor. Biasanya tarikh kelahiran akan awal atau pun lambat 2 minggu bergantung kepada ibu mengandung.

gambar fasha sandha terbaru

Marilah kita sama-sama doakan agar Fasha, Jejai dan bakal anak mereka berdua berada di dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Doakan juga agar bayi di dalam kandungan Fasha akan sentiasa selamat sehinggalah tarikh kelahiran. Semoga semuanya selamat selamanya. Amin ~~

Written by AbangNara | May 11th, 2012

Pastinya peminat Fasha Sandha beruntung mendapat seorang selebriti yang sentiasa berkongsi perkembangan terbarunya di Facebook. Yang terkini, Fasha telah mengupload beberapa keping gambar bulan madunya bersama Jejai di Facebook We Love Fasha Sandha untuk tatapan anda semua.

fasha sandha

Abang Nara dapat bayangkan keseronokan mereka berdua bermain air laut di bawah terik matahari di Pulau Redang. Harap-harap Fasha balik nanti tak sunburn. Hehehe. Lagi 15 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Kota mati Perancis yang menyeramkan.

 
Written by AbangNara | November 25th, 2010

punggung fasha sandha

Tajuk di atas sememangnya telah diubah menjadi lebih klise dan lebih enak apabila dibaca. Baru-baru ini Fasha Sandha telah response kepada kutukan dan tohmahan orang ramai terhadap gambar parti Halloweennya yang pernah kami paparkan dulu. Berikut adalah kata-kata Fasha Sandha:-

[note]Saya dah tak kisah kerana saya tak buat salah apa pun. Apa yang saya buat ni adalah untuk diri sendiri dan tak menganggu orang lain. Kenapa ada pula yang ingin memperbesarkannya? Saya rasa itu semua satu perkara yang normal yang dilakukan oleh semua orang. Itu laman web saya jadi tak salah kalau saya letakkan gambar-gambar peribadi. Kalau gambar parti Halloween itu yang menjadi isu, saya ingin jelaskan di sini bahawa kehadiran saya ke sana adalah atas jemputan teman. Jadi tak salah saya pergi ke sana dan mengikut tema parti?.[/note]

Dan kalau ada pergi ke Facebook Fasha Sandha, sudah tentu anda akan perasan betapa rancaknya Fasha Sandha mengupload gambarnya bersama dengan Jejai. Apabila ditanya tentang keaktifan tersebut, jawapan yang diberikan oleh Fasha Sandha memang sangat mantap.

[note]Tak salah rasanya saya letak gambar-gambar dengan Jejai asalkan gambar kami tak melampaui batas. Saya macam orang lain juga yang bercinta, tangkap gambar dan mempamerkannya dalam page sendiri. Alhamdulillah, kini saya sangat gembira dan sangat-sangat bahagia. Jejai merubah saya menjadi matang.[/note]

Secara ikhlas, kami pun tak kisah kalau Fasha Sandha nak upload gambar dia banyak-banyak. Kami lagi suka. At least ada gak la bahan untuk kami kongsikan bersama anda. Dan gambar di atas adalah gambar terbaru yang Fasha Sandha uploadkan ke Facebooknya. Memang pejal, mantap dan kental. Kami suka ~~

P.S: Secara ikhlas, kami melihat Fasha Sandha ini sebagai seorang wanita yang berkeyakinan tinggi, tak kisah orang nak kata apa dan tahu apa yang dia mahukan.

Written by AbangNara | November 2nd, 2010

gambar fasha sandha halloween

Wah. Tak sangka Fasha Sandha pun menyambut kedatangan Halloween baru-baru ini. Untuk yang tak tahu, masa Halloween semua manusia yang menyambutnya akan memakai kostum. Selalunya kostum yang dipakai adalah kostum yang menyeramkan. Tapi bila tengok gambar Fasha Sandha ini rasanya Fasha pakai kostum tuan puteri.

Tak sempat nak tulis panjang-panjang sangat. Lagi gambar Fasha Sandha di parti Halloween dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada Facebook Fasha Sandha.