August 22nd, 2020

Caprice baru-baru ini tampil memberikan sepatah dua kata komen mengenai isu sesetengah pihak memberi kritikan negatif kepada sebuah video yang tular di mana menunjukkan seorang remaja lelaki memakai sarung tangan untuk memberi makanan kepada seekor anjing jalanan.

Menurut Caprice, masyarakat sepatutnya tidak mengkritik perbuatan itu kerana ianya memaparkan nilai murni yang baik serta kasih sayang terhadap haiwan.

Dalam pada masa yang sama, dia turut menekankan mengenai perbuatan remaja lelaki berkenaan memakai sarung tangan sebagai ‘pelapik’ untuk menyentuh haiwan berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

? atau ?

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

 Dia sempat juga ‘menyindir’ segelintir individu di luar sana yang belum berkahwin namun bebas untuk menyentuh teman wanita masing-masing.

“Seorang budak beri makan kepada anjing, saya suka kisah haiwan sebegini, indah skali tapi ada saja pihak yang akan komen perkara itu haram. Budak tu pakai sarung tangan dan sentuh anjing sebab nak beri makan,”

“Yang korang sentuh awek korang, confirm awek korang boleh makan sendiri, kahwin dulu baru main suap-suap, haram tetap haram bro..”

 

View this post on Instagram

 

Songkok & tiger socks. . . Alhamdulillah had a great meeting with our minister @drzulkifli.albakri for our upcoming app AlFatehOS, @umrahloka , and how to uplift the ummah. InsyaAllah ?

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

 Caprice sempat menasihatkan masyarakat di luar sana supaya berfikiran lebih terbuka dan tidak hanya melihat sesuatu perkara ke arah yang negatif sahaja.

Dalam perkembangan terkini, Capirce kini terlibat dalam program Big Stage 2020 dan telah ditugaskan untuk menjadi ‘Presiden Netizen’ bersama Neelofa dan Michael Ang dalam rancangan itu.

July 5th, 2018

Nampaknya minggu ini  penyanyi Haqiem Rusli terus mendapat perhatian ramai. Semuanya gara-gara dia dikatakan menipu mempunyai tekanan perasaan ataupun depresi hanya untuk dijadikan gimik bersempena dengan pelancaran lagu terbarunya.

Pernah memberikan kata-kata sokongan ikhlas dari hatinya buat Haqiem yang kononnya ingin berhenti menyanyi kerana mengalami masalah depresi, Caprice menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya tidak dapat membendung lagi rasa amarahnya dan menyampaikan pesanan yang cukup padu buat Haqiem dan pengurusannya.

Terasa dirinya tertipu, Caprice dengan kata-kata yang agak kasar menganggap perbuatan Haqiem itu tidak wajar dan sebenarnya memberikan impak besar terhadap orang lain yang benar-benar mengalami masalah kemurungan. Penyakit itu amat berbahaya dan tidak boleh dibawa main-main kerana ia merupakan pembunuh senyap.

Terdahulu, memang ada timbul gosip mengatakan Haqiem mempunyai masalah ‘attitude’ sejak memenangi salah satu anugerah di AJL 32 dan pernah juga tiba-tiba mencetuskan sedikit pergaduhan dengan seorang penyanyi yang didakwa menciplak lagunya.

Baru sahaja meningkat naik dalam bidang nyanyian, Haqiem sudah terlibat dengan pelbagai kontroversi. Paling teruk apabila mempergunakan artis lain dan menipu orang ramai hanya untuk meraih publisiti dan melariskan single terbarunya. Apa gunanya gimik murahan jika selepas ini tiada orang yang ingin percaya lagi pada anda? Bakat sahaja tidak cukup untuk kekal dalam industri hiburan.

June 13th, 2018

Penyanyi rap Caprice yang cukup terkenal dengan tagline ‘Bang, Bang’ antara selebriti yang peka dengan isu semasa dan sering meluahkan pendapat beliau dengan cara yang bersahaja menerusi video di Instagram. Aktif memberikan ceramah berunsur motivasi di sekolah-sekolah dan universiti, Caprice kini menjadi sumber inspirasi dan idola ramai.

Namun, baru-baru ini timbul isu mengenai Caprice yang tidak keluar mengundi pada PRU14 lalu. Netizen menyifatkan beliau hanya pandai berkata-kata di media sosial sahaja ataupun dalam erti kata lain hanya beromong kosong.

Menerima pelbagai komen daripada netizen, Caprice telah tampil membidas setiap tuduhan yang dilemparkan kepadanya, tetapi cara beliau itu agak kasar.

Ada yang mula mendakwa cara Caprice itu seakan mengamalkan buli siber sedangkan beliau dan beberapa selebriti lain terlibat dengan kempen menangani dan memerangi gejala buli siber. Rata-rata netizen sudah mula tidak gemar dan hilang hormat pada Caprice.


Kita pun tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya dan mungkin juga Caprice mempunyai sebab beliau sendiri ketika memberikan komen sebegitu. Sama-sama nantikan penjelasan Caprice pula, tidak boleh dengar cerita sebelah pihak sahaja kan?