September 11th, 2015

Baru-baru ini Abang Nara telah pun menonton filem The Imitation Game. Pergh!!! Power betul filem yang berdasarkan kisah benar ini. Ia mengisahkan tentang Alan Turing, seorang pakar matematik dan rakan-rakannya yang ditugaskan untuk memecahkan kod yang mengandungi arahan serangan tentera German. Selepas menonton filem ini, Abang Nara try la nak selesaikan beberapa kod di Internet untuk suka-suka. Ternyata diri ini tidaklah sepandai mana.

solve the puzzle

Selepas hilang semangat kerana tidak sepandai Alan Turing, Abang Nara pun malas dah nak pecah-pecahkan kod nie. Tetapi hari ini, semangat itu muncul kembali. Mana tidaknya, kalau dapat pecahkan 3 kod di bawah ini, boleh dapat RM100,000. Pergh!!! Banyak tue. Sekali lagi diulang, RM100,000. Cuma bila Abang Nara tengok kod yang perlu ditafsirkan, terus kepala ini berdenyut kepeningan. Inilah 3 kod tersebut:-

solve the puzzle

solve the puzzle

Mencabar kan? Abang Nara nak selesaikan kiub rubik pun tak pernah nak berjaya, inikan pula nak selesaikan 3 kod di atas. Abang Nara dah give up dah. Tetapi Abang Nara percaya, ada pembaca BeautifulNara yang genius dan hebat dalam memecahkan kod sebegini. RM100,000 menanti anda sekiranya berjaya. Ini syarat-syaratnya:-

1. Terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia dan SIngapura.
2. Peserta mestilah mentafsirkan ketiga-tiga kod di atas. Tak boleh tafsir satu atau dua sahaja.
3. Kesemua jawapan haruslah dihantar ke [email protected] sebelum 17 Sep 2015 jam 12 tengah malam. Hantar lewat tak akan dilayan.
4. Jangan lupa letakkan contact number di dalam email ketika menghantar jawapan.
5. Hanya mereka yang menjawab dengan tepat sahaja akan dihubungi oleh pihak penganjur.
6. Penganjur akan minta anda tunjukkan teknik anda mentafsirkan kod ini sebelum menobatkan anda sebagai pemenang.
7. Bukak laman web ini untuk syarat-syarat yang lebih details dan lihat kod dalam bentuk tulisan

solve the puzzle

hmmm. Nampak macam senang je kod nie. Jap Aariz try buat)

Silalah mengerah minda anda untuk memecahkah ketiga-tiga kod ini demi wang tunai bernilai RM100,000. Cadangan Abang Nara, try buat secara berkumpulan. Dalam 2,3 orang ke. Kalau menang, boleh bahagi hadiah sama rata. Yang penting jawapan kena tepat dan cepat. Selamat mencuba!!! Info lanjut baca di sini.