Written by Bella | August 13th, 2019

Kumpulan K-pop paling popular di dunia, BTS mengumumkan akan berehat untuk tempoh yang panjang daripada industri muzik.

bts

Pengumuman itu dibuat menerusi laman Twitter agensi pengurusan mereka iaitu Big Hit Entertainment. BTS buat kali pertama akan berehat panjang selepas kemunculan mereka pada tahun 2013.

Tempoh percutian tersebut membolehkan BTS untuk menikmati kehidupan seharian seperti manusia biasa setelah berpenat lelah membina kerjaya mereka bukan sahaja di Korea, tetapi mencipta kejayaan mengungguli carta di Amerika Syarikat dan Britain.

bts rehat panjang

Agensi tersebut juga meminta agar peminat tidak bertindak keterlaluan sekiranya terserempak dengan mana-mana ahli BTS ketika bercuti. Janganlah mengganggu privasi mereka.

kumpulan BTS

Terdahulu,  BTS dijangka akan mengadakan persembahan di Arab Saudi pada Oktober ini. Kami harap peminat BTS janganlah sedih, bagilah mereka peluang untuk menikmati kehidupan.

Written by Bella | February 25th, 2019

Selepas kejayaan dan sambutan hangat konsert Jelajah Dunia BLACKPINK 2019 – In Your Area hujung minggu lalu yang memikat hati 14,000 peminat yang dikenali sebagai Blinks, penganjur konsert MacpiePro berhasrat membawa pula kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS ke Malaysia. Wah, tentunya ia berita gembira untuk peminat K-Pop diluar sana terutama sekali ‘fangirl’ dan ARMY BTS.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MacpiePro, Ang Chee Ciang, pihaknya masih lagi dalam proses perancangan sebelum sebarang rundingan untuk menjemput kumpulan K-pop terkenal di dunia itu beraksi di Malaysia.

MacpiePro memang berharap dapat membawa BTS menemui peminat di Malaysia tetapi tiada yang pasti buat masa ini. Kita perlu merancang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rundingan untuk menjemput kumpulan itu.

MacpiePro sedang berbincang dengan syarikat pengurusan artis Korea terkenal yang lain dan kita berharap dapat menganjurkan konsert mereka di Malaysia untuk memberikan peminat K-Pop konsert yang bagus.

Difahamkan, Konsert Jalajah Asia GFRIEND dan juga Festival Muzik K-Wave 4 juga akan diadakan pada tahun ini.

BTS dianggotai 7 orang ahli serba berbakat iaitu Jin, Jimin, V, RM, J Hope, Jungkook dan Suga.  Sudah lama peminat dahagakan perkhabaran gembira untuk kumpulan tersebut membuat persembahan di Malaysia. Mungkin selepas ini impian mereka akan tercapai.

Sumber Berita : Astro Awani