September 11th, 2017

Nama Boy Iman kini sedang hangat diperkatakan oleh mereka yang terlibat di dalam bidang hartanah. Ini semua gara-gara satu posting dari laman Facebook PseudoScienceWatch Community mendakwa pelakon dan usahawan Datuk Boy Iman cuba melakukan penipuan penjualan rumah melalui syarikat DBI Homes. Posting tersebut telah menjadi viral dengan perkongsian sebanyak 11,000 kali dan LIKES lebih daripada 10,000.  Selain itu perkara ini juga turut menjadi topik hangat menerusi Twitter selepas keupayaan syarikat DBI Homes dipersoalkan oleh akaun @twthartanah.

boy iman

Apa yang menjadi persoalan utama ialah keupayaan syarikat DBI Homes milik Boy Iman untuk membina rumah seperti rekaan yang dijanjikan dengan harga yang cuma RM50,000 sahaja sedangkan kos pembinaan yang dianggarkan ialah sekitar RM200,000. Ini tulisan penuh dari Facebook PW Coomunity untuk tatapan anda:-

WHY DBI IS A SCAM?

DBI dicipta hanya untuk satu tujuan sahaja, iaitu mengutip dana dan menipu orang awam di sebalik tabir dan helah Rumah Kos Rendah. Tawaran yang diberi cukup menarik sekali, design rumah yang pada harga semasa boleh mencecah RM 200 ribu dijual dengan harga RM 50 ribu. Tanpa membuat penilaian, masyarakat awam cukup senang terperangkap dengan pakej yang ditawarkan. Hakikatnya DBI merupakan satu scam apabila kita mengkaji faktor-faktor berikut secara terperinci:

———————————————
1. KOS
Adalah mustahil untuk membina rumah seperti design yang dijanji dengan nilai kurang dari RM 50 ribu, mathematically it is impossible.
Jika berlaku juga bermakna DBI sedia menanggung kerugian. Kewujudan DBI bukan untuk menganggung kerugian tetapi perolehi keuntungan sebanyak mungkin, maka semestinya ada helah lain.

2. HISTORY

DBI bukan yang pertama menawarkan rumah pada harga below cost. Scam sebegini pernah dilakukan oleh Ostard Nosham, dan sehingga kini mangsa Norsham hanya mampu menuntut janji. Here is a fact, semasa Norsham mempromosi scam rumah below cost melaluinya syarikatnya Alfafa, Boy Iman merupakan duta Alfafa, thus it connects the dots. Kini Boy Iman bukan sahaja menukar jenama pembohongan Alfafa kepada DBI, malah Boy Iman kini menjadi kepala scammer.

3. CARI DOWNLINE

Now it rings the bell, bila perlu cari downline bermakna dana yang dikumpulkan oleh DBI akan menjadi berlipat kali ganda secara pyramid scheme. Itulah tujuan sebenar, hanya untuk mengumpul dana dengan menggunakan rumah below cost sebagai daya tarikan.

Dan semestinya permainan licik sebegini senang dapat sambutan. Walaupun penipuan Norsham telah didedahkan oleh KEY dan Afyan, Norsham masih menjalankan aktiviti membohongi masyarakat awam kerana itu adalah cari yang paling mudah untuk menipu dengan nilai puluhan ribu.

———————————————

Kita lambat bertindak untuk kekang scam Alfafa. PW mula buat issue bila keadaan telah jadi serious. Namun dalam kes DBI kita berpeluang untuk lenyapkan penipuan sebelum ianya kukuh bertapak. DBI kini hanya pada peringkat permulaan. Jika tiada mangsa direkrut DBI akan kehabisan fund untuk lakukan promosi besar-besaran. Objektif kita hanya satu, lenyapkan DBI dengan segera supaya masyarakat awam tidak menjadi mangsa. Together we shall roar louder.

BOY IMAN DBI homes

Namun Boy Iman mempunyai jawapan atas tuduhan yang dilemparkan ini. Menurut Boy Iman, dirinya adalah seorang selebriti yang dikenali dan mustahil baginya untuk menipu. Kata Boy Iman:-

Itu fitnah dan saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang minggu ini. Buat apa nak menipu, saya ini selebriti yang dikenali dan tidak boleh lari kemana-mana. Kalau ada sesiapa yang menjadi mangsa penipuan saya sila kemukakan bukti dan buatlah laporan polis.

Saya mendapat tahu laman tersebut telah dibayar oleh kontraktor binaan yang tidak berpuas hati dengan harga rumah yang kami tawarkan. Rumah murah yang kami bina itu terhad dan kalau nak tahu kita ada bina rumah berharga lebih RM500,000. Tidak apalah, saya sudah biasa dihentam dan tunggulah tindakan saya selanjutnya.

dbi iman

Secara logik akalnya, memang mustahil untuk membina rumah pada harga serendah RM50,000. Mungkin Boy Iman ada formula magiknya yang tersendiri. Apa pun, banyak lagi penerangan yang telah ditampilkan di Facebook PW Community yang mungkin boleh menjadi rujukan anda sebelum membuat sebarang keputusan. Fikir masak-masak terlebih dahulu sebelum menyertai sebarang program. Sumber Mstar Online.