Written by Bella | August 31st, 2015

Baru-baru ini, kita dapat lihat pasangan yang dilabelkan sebagai merpati dua sejoli Hairul Azreen  dan Hanis Zalikha berkongsi foto percutian bulan madu mereka di Bora-Bora Island.

Ramai yang mengetahui bahawa destinasi bulan madu mereka adalah tempat yang eksklusif, mewah dan cukup terkenal sebagai pulau untuk bintang Hollywood menenangkan fikiran mereka. Tentu sekali harganya mahal bukan?

Mula lah ada pihak yang mempersoalkan banyak betul wang Hairul dan ada juga menyangka beranggapan mereka mendapat tajaan. Walaubagaimanapun, menurut Hairul beliau mengakui percutian tersebut menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak.

Kami tak ditaja langsung sebaliknya menggunakan duit sendiri. Ini ‘upah’ terhadap kerja kerja keras saya selama ini. Saya bukan orang yang boros dan suka keluar ke sana sini. Setiap sen yang diperoleh, saya simpan.

Baguslah kalau Hairul Azreen seorang yang suka menyimpan wang hasil kerja keras, kata orang sekali sekala apa salahnya hendak bermewah-mewahan. Cerah masa depan Hanis Zalikha bersamanya ye dak?

Sumber Berita: Harian Metro

Written by Bella | August 13th, 2015

Tidak dapat dinafikan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha nampaknya sedang menikwati bulan madu yang agak mewah di Bora-Bora Island, Perancis.

Biasanya tempat yang memiliki pandangan indah tersebut hanya dikunjungi dan menjadi lokasi  kegemaran bintang Hollywood untuk lari sebentar daripada dunia glamor. Setahu kami, belum ada lagi artis Malaysia yang berbulan madu di sana.

Difahamkan, pasangan ini telah menetap di The St. Regis Bora Bora Resort yang harga biliknya boleh mencecah sehingga RM 5,000 untuk satu malam. Kalau mampu apa salahnya bukan?

Jom kita lihat beberapa lagi foto romantis Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | August 5th, 2015

Indah sungguh apabila kami melihat pemandangan yang cukup cantik di Bora-Bora Island, Perancis dimana Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sedang menikmati percutian bulan madu mereka.

Memang sweet apabila Hairul nampaknya berjaya memikat hati isterinya untuk berbulan madu di sebuah resort mewah sehingga mencecah ribuan ringgit semalam. Fuh!

Jelas sekali Hairul dan Hanis sedang bergembira di sana dan ini merupakan peluang untuk mereka bermanja-manja sambil mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam selepas bergelar suami isteri.

Jom kita lihat  beberapa lagi  foto berbulan madu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha di Bora-Bora Island:-