January 19th, 2013

Nampaknya kehadiran Johan di final Maharaja Lawak Mega 2012 memberikan impak yang diharap-harapkan. Untuk anda yang tidak tahu, Johan dinasihatkan untuk berehat setelah menjalani pembedahan ligamen kaki. Sebentar tadi telah pun tamat pertandingan yang berlangsung selama 10 minggu ini dan Jozan telah pun dinobatkan sebagai juara.
jozan maharajawa lawak mega 2012Dengan kemenangan ini, Jozan membawa pulang RM500,000. Sementara itu Jambu membawa pulang RM250,000 apabila menduduki tempat kedua. Shiro berada di tempat ketiga diikuti oleh Boboi di tempat keempat dan Saywho di tempat kelima.
jozan maharajawa lawak mega 2012

Satu keputusan yang tiada kejutan bagi Abang Nara berdasarkan persembahan mereka sepanjang Maharaja Lawak Mega 2012.. Apa pun Abang Nara paling suka dengan lawak muzikal Boboi yang telah memecahkan perut ini. Jutaan tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan yang terbaik. Kalau ada Maharaja Lawak Mega 2013, diharap akan ada kelainan dan lebih banyak peserta yang bermutu.

December 30th, 2011

Seperti yang kita semua maklum, malam ini akan berlangsung finale pertandingan Maharaja Lawak Mega yang akan menyaksikan kumpulan-kumpulan seperti OSBON, Boboi, Saehu dan Syok berentap. Beberapa hari lalu kami telah memulakan undian yang menampilkan dua kumpulan favourite yang dijangka akan menjuarai program ini iaitu OSBON dan Boboi. Apakah keputusan undian rasmi kotak undi BeautifulNara.com?

Jumlah yang telah mengundi ialah 13, 627 orang dengan 7, 511 orang atau 55.12% dari jumlah keseluruhan berpihak kepada OSBON, manakala 6, 116 orang atau 44.88 % lagi menyatakan Boboi akan memegang takhta juara. Dengan pelbagai perkembangan dan isu terbaru yang telah muncul sebelum finale berlangsung, keputusan malam ini boleh jadi apa-apa saja. Manalah tahu nanti, Saehu atau Syok pula yang menang. Apa-apa pun, jangan lupa menonton finale Maharaja Lawak Mega malam ini, seperti biasa di rangkaian 132, Astro Warna jam 10.00 malam untuk mendapatkan keputusan rasmi dari pihak Astro. May the best comedians win!

***

Kalau dulu anda biasanya berpoco-poco, mengapa tidak bertukar angin? Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Program Senam Seni esok, mulai jam 7.00 pagi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersempena Karnival Ambang 2012. Senam Seni ialah satu bentuk senaman yang diolah dari gerak tari tarian-tarian tradisional di Malaysia. Badan sihat, minda cerdas, hidup bahagia!

 

December 26th, 2011

Seperti yang dijangkakan, kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik dan kumpulan OSBON, yang menampilkan Mr. Os dan Abon, akan berentap untuk finale rancangan berprofil tinggi (dan berkontroversi), Maharaja Lawak Mega Jumaat ini. Apa yang menarik, melalui Sinar Harian, (tidak menggunakan laman media sosial untuk melancarkan perang …ehem ehem), Mr. Os memberitahu OSBON menjadikan laman media sosial sebagai medan untuk penjanaan idea bagi persembahan lawak mereka saban minggu:-

Siapakah yang akan bergelar juara terlalu subjektif untuk difikirkan. Tiada formula untuk berbuat sesuatu seterusnya meraih kejayaan dengan begitu sahaja.

Malah kumpulan Osbon menggunakan segala pengalaman yang ada. Saya sendiri mengambil pendekatan berinteraksi dengan peminat dunia hiburan dan seni tanah air menerusi laman sosial Facebook selain menjadikan laman Youtube untuk memperlengkapkan homework sebelum melalui saat persembahan pada setiap minggu.

Manakala kumpulan Boboi melalui Afdlin berjanji akan memberikan persembahan terbaik mereka untuk penonton Jumaat ini:-

Jenama Boboi tidak dilihat pada watak yang lebih menjurus kepada kanak-kanak kerana kami juga ada membawa watak seorang wanita dan sebagainya. Jadi, kami akan terus mempelbagaikan watak-watak kami khususnya menjelang MLM akhir nanti.

Kami berasa amat bersyukur kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir. Kami akan memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton.

Kami sendiri berbelah bahagi hendak menyokong siapa kerana kami suka kedua-dua kumpulan ini. Tapi seperti yang anda tahu, pada akhirnya hanya akan ada satu pemenang. Siapakah akan menang pada pendapat anda? Undi bermula sekarang:

P/S: Turut mara ke finale, kumpulan Saehu dan Syok.