Written by serenity | November 12th, 2015

Datuk M. Nasir tidak memohon maaf mahupun memberi sebarang komen mengenai Bienda yang meminta beliau membuat permohonan maaf kerana mengaibkan ibunya, lapor Utusan Online.

Semalam, Bienda telah mengulas mengenai komen M. Nasir dan AC Mizal selaku juri Gegar Vaganza 2 tentang persembahan Sheeda.  Semasa mengulas tentang persembahan Sheeda, M. Nasir telah mengeluarkan komen “Putera mencari ‘princess’ tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak ‘princess”.

Bienda menganggap komen itu kurang ajar dan keterlaluan serta menuntut juri-juri itu memohon maaf. Kata M. Nasir secara ringkas:

Tak ada apa yang saya nak komen. Cukup ya. Terima kasih.

Sheeda juga khabarnya telah memuat naik status tentang perkara itu di laman sosial miliknya:-

Atas semangat untuk memeriahkan lagi industri muzik tanah air.

Seringkali komen faktor usia menjadi bahan ejekan dan ketawa terbahak-bahak…berjuta-juta rakyat Malaysia menonton melihat maruah saya diperlekeh sebegitu rupa….saya bertanding atas dasar vokal atau umur?

Mungkin M. Nasir mempunyai alasan tertentu untuk mengambil pendekatan berdiam diri. Permintaan Bienda bagaimanapun viral di laman sosial dengan pelbagai pihak memberi bermacam-macam reaksi. Ada yang menyetujui cara M. Nasir memberi komen dan ada juga yang sependapat dengan Bienda.

M. Nasir merupakan salah seorang komposer dan penyanyi bertahap legenda dan telah menghasilkan lagu untuk penyanyi dan kumpulan terkenal antaranya Alleycats, Search, Wings, Ella, Rahim Maarof dan Hafiz Suip.

Jom saksikan bangsawan “Sumpahan Nujum Perawan” pada 13, 14, dan 15 November ini di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur mulai…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 10 November 2015

Written by serenity | November 11th, 2015

Sejujurnya pada malam Gegar Vaganza menampilkan penyanyi dangdut Sheeda menyanyikan lagu Tiada Lagi bersama Aweera, kami menonton Anugerah Skrin. Namun begitu, Gegar Vaganza 2 yang baru berlangsung juga tidak lari berdepan kontroversi kerana komen-komen juri iaitu Datuk M. Nasir dan Datuk AC Mizal terhadap Sheeda pada malam itu yang dianggap oleh Bienda, anak Sheeda, sebagai mengaibkan ibunya.

Justeru, Bienda menuntut agar kedua-dua juri itu memohon maaf dari ibunya kerana baginya, komen mereka keterlaluan.

Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.

Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian.

Gambar Sheeda: The Rakyat Post

Bienda telah diminta oleh mStar Online untuk mengulas mengenai komen kedua-dua juri itu. Komen M. Nasir ialah  “putera mencari princess tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak princess”, seolah-olah memperlekehkan Sheeda yang memakai busana seperti seorang puteri raja semasa membuat persembahan dengan Aweera. Sebagai anak Sheeda, Bienda  terasa dan sedih apabila usaha ibunya untuk memasuki pertandingan tersebut tidak dihargai.

Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.

Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta.

Bienda juga menggunakan kesempatan itu untuk meminta pengikut laman sosial berhenti menghina ibunya di media sosial seperti Instagram. Katanya, perkara tersebut akan membuatkan ibunya bertambah sedih dan rasa hilang keyakinan diri.

Saya tidak faham orang yang sering menghentam ibu saya di laman sosial, mereka fikir mereka sudah terlalu baik untuk berkata demikian.

Saya tahu ibu saya bukan sedih tapi bukan kerana dia disingkirkan tetapi disebabkan komen dan ejekan yang keterlaluan pengguna laman sosial.

Sebelum ini Nabil selaku pengacara dikatakan memberi ulasan keterlaluan untuk program Gegar Vaganza, kali ini para juri pula memberi komen yang menyebabkan ada pihak terasa. Yang maintain cool dan humble Datuk Ramli MS juga. Mungkin juri-juri lain patut belajar sesuatu dari beliau.

Happy Deepavali from JKKN ❤️

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 9 November 2015

Written by AbangNara | November 10th, 2014

Hari ini ialah hari berkongsi gambar bayi-bayi yang comel di BeautifulNara. Untuk makluman, Bienda baru sahaja melahirkan anak keduanya ‘baby girl’ yang diberi nama Laxiendra Namiraz. Sebelum ini anak sulung Bienda juga adalah seorang perempuan yang bernama Lavienda Namiraz. Kalau tak silap, kedua-dua nama ini diambil berdasarkan telenovela Latin.

bienda anak

Anak sulung Bienda nampaknya besar nanti pasti akan sejelita ibunya. Anak keduanya pun dah nampak comel sangat-sangat. Untuk makluman, gambar-gambar ini diambil oleh The Photolicious ketika Laxiendra Namiraz berusia 12 hari. Cantik kan gambar yang diambil? Kalau korang bakal melahirkan anak, bolehlah mendapatkan khidmat The Photolicious. Memang terbaik dari ladang.

bienda anak

Seronok melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh Bienda di samping suami dan 2 orang anak tercinta. Semoga selepas ini ada rezeki menimang cahaya mata lelaki pula. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar The Photolicious.

 
Written by AbangNara | October 28th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan kepada Bienda dan suaminya, Kamarul Zariman kerana telah pun selamat menimang cahaya mata kedua pada 23 Oktober lalu. Bayi perempuan tersebut dilahirkan kira-kira jam 8.14 malam secara pembedahan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Anak keduanya ini dinamakan Laxiendra Namiraz. Untuk makluman, anak pertama Bienda yang juga seorang perempuan dinamakan Lavienda Namiraz.

bienda anak kedua

Semoga Laxiendra Namiraz membesar dengan sihat dan sempurna. Tahniah sekali lagi buat Bienda dan suami. Insya Allah anak ketiga nanti dapat ‘baby boy’ pula. Selamat berpantang diucapkan buat Bienda.