Written by Bella | September 27th, 2018

Lama tidak berjumpa dengan isteri tercinta atas tuntutan kerja, pelakon Fattah Amin tidak melepaskan peluang yang ada untuk meluangkan masa dengan Fazura dengan menikmati percutian bersama.

Kalau sebelum ini Fazura sempat memuat naik video romantis untuk hari ulang tahun kelahiran suaminya yang ke 28 meskipun sibuk dengan urusan kerja di New York, kini giliran Fattah pula meraikan hari jadi Fazura.

Fattah telah membuat kejutan istimewa ‘candle light dinner’ yang cukup romantis buat isteri tercinta dibawah sinaran bintang.

Bukan itu sahaja, Fattah menerusi akaun Instagram turut memuat naik ucapan yang sangat ‘sweet’  dimana beliau merasa syukur dan bertuah dikurniakan seorang isteri yang baik dan membawa kebahagiaan kepada dirinya. Fattah juga berdoa agar perkahwinan mereka kekal sehingga ke syurga.

Kehangatan cinta Fattzura sehingga hari ini masih lagi mendapat tumpuan ramai kan? Semoga pasangan ini akan terus dilimpahi dengan kebahagiaan. Apa-apa pun, selamat hari jadi kami ucapkan kepada Fazura, semoga sukses selalu dan dimurahkan rezeki.