Written by serenity | January 7th, 2018

Mendakwa setelah sebulan berdiam diri apabila ditohmah dan difitnah oleh penyanyi dan pengacara dari Singapura, Roslan Shah, Ifa Raziah telah tampil membela dirinya. Kepada Jambu Batu Online, Ifa menyifatkan perbuatan Roslan sebagai melampau.

Dalam rakaman video itu, Ifa memberitahu, dia tidak kisah jika dirinya yang difitnah dan diaibkan bagi tujuan menjatuhkannya, tetapi apabila hal rumahtangga disentuh dan anak-anaknya dikutuk, dia tidak dapat berdiam diri dan tidak akan memaafkan individu itu.

Ifa menambah, Roslan telan mendoakan anak lelakinya menjadi pondan dan menuduh suami Ifa dayus hingga menyebabkan rumahtangganya hampir bergoyang.

Jika orang lain yang buat pada saya, saya boleh lagi bersabar, tetapi dia orang yang saya anggap kawan selama berbelas tahun, di mana sewaktu susah, sewaktu sakit, dia tidak ada duit–saya dengan keluarga yang menolong selama dia berada di Malaysia ini.

Apabila telah senang lenang hidup, dia buat macam ini pada saya.


Kepada Astro Gempak, Ifa mendakwa, pergaduhan dengan bermula di Singapura ketika menjayakan sebuah ekspo:

Tidak perlu saya dedahkan satu-satu apa yang berlaku, kalau dia dipihak yang benar pihak penganjur tidak akan memohon maaf kepada saya.

Sudah-sudahlah menipu dan buat fitnah menerusi video live di laman sosial. Beringat-ingatlah hari ini kita fitnah orang, tak mustahil suatu hari nanti ia akan balik kepada diri sendiri.

Satu lagi yang buat saya terkilan apabila dia turut menyumpah anak lelaki saya, Shakir Aqili, membesar sebagai pondan.

Sampainya hati dia, sedangkan selama ini dia sangat menyayangi Aqili. Kenapa dia sanggup kata macam tu terhadap Aqili?

Anak saya demam ketika melihat video live yang dibuat Roslan kerana terkejut dan terlalu sedih dengan apa yang dikatakan.

Video penuh luahan perasaan Ifa boleh ditonton di bawah:

Ifa juga turut menasihatkan Roslan agar menumpukan perhatian mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan menjaga ibunya yang memerlukan lampin pakai buang kerana dia bimbang Roslan akan membelanjakan wangnya untuk ‘anak ikan.’

Tidak pasti apa punca sebenar persengketaan Ifa dan Roslan, tetapi, apa kata sempena tahun baru ini, Ifa dan Roslan buang yang keruh, ambil yang jernih. Industri hiburan kecil saja, balik-balik jumpa muka yang sama juga. Takkan nak bermasam muka tiap-tiap kali, ya tak? Apa pendapat anda? – beautifulnara.com

Written by serenity | November 26th, 2017

Pengacara Roslan Shah telah membuat satu siaran langsung di Facebook mendakwa dua orang artis wanita telah bergaduh ketika berniaga di Halal Food Expo yang sedang berlangsung di Singapura semalam.

Menurut Roslan, dia membuat siaran langsung itu bertujuan untuk menegur kedua-dua artis tersebut yang disifatkannya memalukan golongan aktivis seni.

Paling kasihan peminat bodoh yang memuja artis plastik. Hadapan peminat, bukan main ramah lagi.

Roslan mendakwa siaran langsung itu dibuat kerana namanya disebut dalam pergaduhan tersebut. Roslan memberitahu, salah seorang artis yang terbabit dalam pergaduhan itu dibawa masuk ke ekspo tersebut olehnya.

Menurut Roslan, gerai jualannya yang menjual kosmetik berada berdekatan pentas, menyebabkan dia tidak tahu menahu mengenai pergaduhan tersebut. Hanya setelah ia berlaku dia diberitahu, kerana ia berlaku di gerai mereka berdua yang terletak di tengah-tengah dewan.

Tidak menamakan dua artis tersebut, Roslan bagaimanapun mendakwa salah seorang artis wanita itu berkahwin dengan lelaki kulit putih dan artis wanita yang bergaduh dengannya ialah seorang artis wanita veteran. Punca pergaduhan dikatakan kerana dengki. Roslan menulis:

Tadi artis Malaysia bergaduh di Booth Singapore Expo….buat malu aje….Rezeki tu Allah yang bagi….Nama Cik Lan terbabit pasal Cik Lan pernah masukkan artis ini…kita berniaga kena tolong sama sama. Tak perlu dengki antara satu sama lain……Rezeki ada di mana mana..

Video siaran langsung tersebut boleh ditonton di bawah:


Menyifatkan pergaduhan yang berlaku memalukan, Roslan berharap ia tidak berlaku lagi kerana ia turut membabitkan dirinya yang disebut dalam pergaduhan itu dan rakyat Malaysia secara umumnya. – beautifulnara.com

 

 

Written by serenity | June 29th, 2015

Bulan Ramadan ini, ramai yang mengambil peluang bagi berniaga. Maklumlah, mencari wang lebih untuk sambutan Hari Raya. Dengan kewujudan media sosial, kerja-kerja promosi bagi produk menjadi mudah, apatah lagi jika produk sudah ada nama. Malah, peniaga boleh mewujudkan hashtag menggunakan kata kunci tertentu bagi memudahkan pembeli mendapatkan maklumat mengenai sesuatu produk.

Pereka fesyen terkenal Rizalman juga melancarkan koleksi fesyen khas untuk hari raya ini yang turut dijual melalui laman membeli-belah online iaitu Zalora. Pereka itu khabarnya telah mengkhususkan hashtag #RizalmanForZalora untuk memantau maklumat dan belian produk Rizalman for Zalora oleh pelanggannya.
 photo nae1.jpg
Namun begitu, agak tidak menyenangkan apabila hashtag #RizalmanForZalora telah disalah gunakan oleh agen-agen penjual tudung Naelofar Hijab. Apabila diklik #RizalmanForZalora, yang ditampilkan ialah maklumat mengenai Naelofar Hijab. Sudah tentu Rizalman mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya mengenai penyalahgunaan hashtag tersebut. Tulis Rizalman di Instagram miliknya:

Saya buat HASHTAG rizalmanforzalora ni sbb senang saya nak lihat pemakai2 rekaan saya bergaya sakan dengan belian mereka, jadi janganlah share page ini ok. Kalau meniaga tudung buat cara meniaga tudung… Jaga peradaban perniagaan dalam Islam sebagaimana tudung itu menjaga kehormatan seorang insan. #hanyamenegurbukanmarah

Walaupun secara teknikal perkara ini bukanlah kesalahan Neelofa disebabkan ia dilakukan oleh agen tudungnya, Neelofa tidak berhubung terus dengan Rizalman bagi membuat penerangan. Sebaliknya dia membuat komen di akaun Instagram rakannya yang juga seorang pereka fesyen muda terkenal, Fizi Woo. Rizalman menganggap kata-kata ini ditujukan kepadanya lantas memuatnaik screenshot komen Neelofa ke akaun Instagram miliknya.

 photo nae2.jpg.png

 photo nae3.jpg.png

Status ini bagaimanapun telah dipadam oleh Rizalman. Sehubungan itu, Neelofa selepas itu telah memuat naik satu kata-kata mengenai tutur kata seorang lelaki ialah cerminan hatinya.

Keseluruhan gosip dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Dapatkan maklumat mengenai Festival of ASEAN Cultural Expressions. Like page ini!

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 28 June 2015

 
Written by serenity | June 20th, 2013

Hari ini melalui laporan Berita Harian, seorang wakil kepada keluarga Redzwani Putri telah tampil memberitahu yang pertunangan Redzwani dengan Shahz Jaszle telahpun diputuskan 10 hari lepas. Ianya diputuskan oleh ibu bapa Redzwani sendiri yang berkunjung ke rumah ibu bapa Shahz dan memulangkan dua bentuk cincin iaitu sebentuk cincin belah rotan dan sebentuk cincin berlian.

Wakil keluarga Redzwani itu enggan namanya didedahkan, mendakwa mereka menunggu   Shahz sendiri mengumumkan perkara tersebut kepada pihak media dan orang ramai, sebaliknya pelakon itu tidak berbuat demikian. Oleh sebab itu, dia telah tampil untuk memberikan pengesahan tentang perkara tersebut kepada pihak media.

Wakil keluarga itu turut memberitahu yang dia berbuat demikian kerana mereka sekeluarga enggan nama Redzwani dikaitkan lagi dengan pelakon lelaki tersebut. Katanya:-

Jangan ingat Redzwani kuat, sebaliknya dia juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Luaran mungkin dia nampak tabah, namun dalamannya tidak. Sejak kes tangkap khalwat itu, dia suka menyendiri, dan apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Shahz, dia akan menangis. Jadi saya berharap dia tidak akan diganggu lagi selepas ini supaya tumpuannya kepada pelajaran tidak terjejas.

Wanita itu juga melahirkan kekecewaannya terhadap Shahz kerana memberitahu kepada pasangan yang ditangkap khalwat dengannya yang dia bertunang atas paksaan keluarga.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Shahz dikatakan telah ke sebuah restoran di Bangsar untuk bersemuka pasangan khalwatnya semalam bersama pihak media. Bagaimanapun, perbincangan yang diharapkan bertukar kepada pertikaman lidah, apabila kedua-dua pihak mempertahankan kenyataan masing-masing.

Menerusi laporan Harian Metro, wanita tersebut bernama Farah Nurizzati Salleh tetap mempertahankan yang Shahz pernah mengatakan untuk bersamanya dan Shahz juga menyatakan perkara yang sama kepada pihak JAIS.

Justeru perlu dijelaskan puncanya adalah kami berdua memang sudah bercinta dan kerana itu saya yakin. Shahz sendiri memberitahu tunang itu bukan pilihannya. Malah segala SMS dan saksi yang tahu kami bercinta ada dengan saya.

Farah tetap menafikan yang dia mengada-ngadakan cerita, dan menambah dia pernah dibawa berjumpa dengan keluarga Shahz oleh Shahz sendiri dan dia juga pernah berjumpa dengan tunang Shahz

Sementara itu, Shahz pula mendakwa yang dia tidak pernah menyebut nama sesiapa sewaktu mendakwa dirinya diperangkap.

Justeru saya tidak faham kenapa Farah perlu tampil menegakkan kisah kononnya kami bercinta dan tidak henti dan tiba-tiba mempersoalkan saya seakan menuduh saya kawan serumahnya pula. Kami hanya kawan biasa yang kebetulan kenal di set penggambaran.

Dalam pertemuan itu, ibu Shahz dan Redzwani Putri turut ada bersama namun tiada jalan penyelesaian yang dapat diputuskan.

Tidak diketahui siapa yang benar dan siapa yang salah, cuma pada pendapat kami seorang kawan tidak sepatutnya berada di rumah kawan yang berlainan muhrim pada pukul 3.00 pagi. Kannn?