Written by serenity | January 9th, 2015

Semalam, kita diberitahu oleh Zizan Razak bahawa perpisahannya dengan Emma ialah disebabkan Zizan mahu membeli kereta mewah. Namun ramai yang tidak mempercayai alasan ini dan berpendapat ada sesuatu yang lain telah disembunyikan oleh Zizan. Dan Emma juga telah membuat satu status Twitter yang mempersoalkan mengapa Zizan takut untuk memberitahu perkara sebenar.

Jadi, sebenarnya ada perkara lain yang menyebabkan Emma makan hati? Apa pun, itu kini tidak penting lagi apabila Zizan melalui status Instagramnya memaparkan gambar terbaru mereka berdua dan memberi bayangan telah berbaik semula dengan Emma.

  Alhamdulillah..terima kasih Allah..terima kasih doa doa yang baik dari anda semua..i love u sayang #loveu #missu   A photo posted by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


LOL. Berkat doa peminat agaknya Emma mengambil keputusan untuk menerima Zizan semula. Diharap selepas ini, Zizan mengutamakan apa yang penting. Gaduh-gaduh ini perkara biasa dalam perhubungan, apa yang penting ialah kita sentiasa muhasabah diri dan berusaha untuk memperbaiki hubungan. Semoga perhubungan anda berdua sampai ke jinjang pelamin dan kekal hingga ke akhir hayat.

Written by serenity | February 9th, 2013

Pengacara dan pelakon popular, Neelofa Mohd Noor, telah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 24 yang jatuh esok, 10 Februari dengan keluarganya 7 Februari lepas.

Nampaknya ulangtahun kelahiran Neelofa kali ini bermakna kerana dia memberitahu Utusan Malaysia yang dia sudah pun meminta maaf daripada Tasha Shila dan berbaik-baik dengan pelakon itu baru-baru ini.

Secara kebetulan bertemu dan sempatlah bertegur sapa. Nak sembang lama tidak boleh sebab kami ada urusan. Pada kesempatan itu juga, Lofa sempat minta maaf atas komen yang diberi terhadapnya sebelum ini.

Lofa hormatlah dengan Tasha, sebab dia bukan seorang pendendam. Dia terima kemaafan Lofa. Sekarang ini dada rasa lapang dan fikiran tenang sebab kemelut dengan Tasha sudah selesai.

Begitulah bila sudah bertambah umur, kebanyakan manusia memang mahu membuka lembaran baru dalam hidup. Perkara lepas yang tidak baik biarkan berlalu, asalkan ada kemahuan untuk menjadi lebih baik dan berubah ke arah minda yang lebih positif.

Neelofa juga khabarnya ada menyatakan hasrat untuk berlakon dengan Tasha Shila.

Tahniah diucapkan kepada Neelofa dan Tasha Shila kerana mempunyai jiwa yang besar untuk meminta maaf, memaafkan dan berdamai. Dua-dua punya bakat dan potensi yang besar dalam industri seni, jadi rugilah kalau terus bermasam muka, tak gitu?

Mungkin ada majalah atau akhbar yang akan mengadakan sesi fotografi dengan dua orang bakat ini dan menampilkan mereka di muka hadapan bersama-sama, sah MeleTOP! Kredit gambar We Love Neelofa. Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.