Written by Bella | October 24th, 2017

Seperti yang kita semua ketahui, pelakon Benjy sudah dikenakan hukuman penjara selama 11 tahun dan denda RM 312,539 oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia selepas didapati bersalah menyeludup dadah jenis methamphetamine didalam duburnya. Tidak dinafikan, berita ini mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang berharap agar Benjy akan berubah kerana beliau seorang pelakon yang berbakat.

Tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sejak berita penangkapan abangnya tersebar, adik kepada Benjy iaitu Elza Irdalynna menerusi akaun Twitternya telah meluahkan perasaannya apabila abangnya itu telah dipenjara.

Elza memberitahu, walau apa yang terjadi beliau tetap akan menyayangi Benjy dan sama sekali tidak akan menghukum serta  memaafkan abangya itu kerana perbuatan yang beliau telah lakukan.  Benjy sudah banyak berkorban untuk menjaga adik-beradiknya ketika mereka masih kecil.

Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus. Tiada siapa yang tahu pengorbanan yang Benjy lakukan sebelum melakukan kesalahan tersebut. Kita doakan sahaja agar Benjy dapat berubah dan menjalani kehidupan lebih baik selepas keluar daripada penjara nanti.

Sumber Berita : Twitter Elza Irdalynna

Written by Bella | April 6th, 2016

Didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram pada Mac tahun lepas, akhirnya pelakon serta anak kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty itu dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan oleh Mahkamah  Majistret Muar semalam.

Majistret Muhammad Hidayat Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes’prima facie’ terhadap tertuduh.

Walaubagaimanapun, rakan Benjy iaitu Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffuddin, 29, yang juga orang kena tuduh pertama diperintah membela diri atas pertuduhan yang sama selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesnya.

Tanggal 23 Mac 2015 , Benjy dan Raja Shariff  didakwa memiliki dadah berkenaan pada jam 1.40 pagi  ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Muhammad Hidayat turut menetapkan 3 dan 5 Mei ini sebagai tarikh Raja Shariff Hidayatullah untuk membela diri.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by AbangNara | November 23rd, 2015

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan pelakon Benjy dan rakan wanitanya, daripada dua tuduhan memiliki syabu, Mac lalu. Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu terhadap Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, dan Julia Ernie Jamaludin, 26, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie terhadap kes itu.
benjyBenjy dan Julia Ernie masing-masing didakwa memiliki dadah jenis Syabu 1.71 gram (g) dan 3.01 g di sebuah bilik hotel di Jalan Yap Ah Shak, Dang Wangi, di sini, pada jam 9.30 malam, 5 Mac lalu. Sementara itu, mahkamah mengarahkan Julia Ernie untuk membela diri atas satu lagi tuduhan memiliki 0.37 g syabu di tempat dan masa sama. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Malini Anne. Sumber Berita Harian.

Written by Bella | April 8th, 2015

Ditangkap buat kali keempat hanya selepas beberapa hari beliau diikat jamin atas kesalahan memiliki dadah, pelakon Benjy dan rakan Raja Shariff yang telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.32 kilogram.

Sekitar penghujung bulan March kedua mereka telah ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak terletak di Jalan Pagoh-Muar pada jam 1.40pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Mereka yang  memakai pakaian penjara  mengangguk sebagai tanda faham selepas tuduhan tersebut dibcakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguambela Aqeeb Lizalman Nordin Zamery dan Farhan Read. Pihak mahkamah telah menetapkan tarikh 28 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dadah sememangnya membawa padah, jika anda mempunyai masalah kewangan ingat jangan sesekali mengambil jalan pintas untuk kaya kerana ia adalah sesuatu perbuatan yang haram. Jauhi dadah, menyesal kemudian hari tidak berguna.

Sumber Berita: Astro Awani