July 29th, 2013

Sejak berkahwin, salah satu tempat kegemaran Abang Nara dan wife membeli barangan dapur ialah Tesco. Seronok shopping di Tesco. Kawasannya luas, parking banyak dan paling penting, harganya berpatutan. Pilihan pun banyak dan segar-segar kesemuanya.

tesco

Namun sejak ada anak ini, memang jarang jugalah kami berdua keluar beli barangan dapur. Kadang-kadang Abang Nara siap minta tolong bapa mertua belikan lagi. Bukan apa, timing selalu lari bila ada anak kecil. Kalau kita dah siap nak keluar, dia pulak nak tidur. Kalau keluar pun banyak habiskan masa beli barang anak je.

tesco

Jadi apabila Abang Nara dan wife dapat tahu mengenai perkhidmatan Tesco Online Shopping daripada Tesco Malaysia, kami berdua melompat kegembiraan. Bolehlah kami beli barangan dapur secara online je selepas ini. Lagi best sebab penghantaran akan dibuat sehingga ke depan pintu rumah. Terbaik kan?

tesco

Tambah menarik harga yang ditawarkan secara online di Tesco Online Shopping ini adalah sama dengan harga kalau beli di kedai. Kalau kat kedai ada barangan promosi, kat online pun ada jugak. Senang cerita, semua benda samalah. Mata ganjaran kad Tesco pun boleh dikumpul dengan pembelian secara online ini.
tesco

Ada 5 langkah sahaja untuk pembelian secara online di Tesco Online Shopping ini. Kesemua 5 langkah ini senang-senang belaka. Dan kesemuanya menguntungkan kita sebagai pembeli. Paling Abang Nara suka ialah pemilihan barangan yang kita beli dilakukan pada hari penghantaran untuk memastikan kesegaran. Memang satu langkah yang bijak daripada Tesco!!!

tesco

Abang Nara dah cuba membeli di Tesco Online Shopping ini. Memang senang sangat-sangat. Langkah pertama yang WAJIB dilakukan ialah kawasan perumahan Abang Nara termasuk di dalam zon penghantaran Tesco. Bila dah confirm, maka Abang Nara dan wife pun memulakan operasi membeli barangan dapur untuk stok sebulan.

tesco

Antara barangan yang kami beli ialah ayam, daging, sayur-sayuran, buah, mee segera, air gas dan macam-macam lagi. Banyak lagi barangan yang ada sebenarnya. Semuanya pun dibahagikan ikut kategori untuk tujuan memudahkan pencarian. Akhirnya dekat RM100 juga jumlah barangan yang kami beli. Memang tak sedar sebab seronok sangat shopping secara online di laman web Tesco. Mudah, laju dan mesra pengguna. Memang terbaik!!

tesco

Khas buat pembaca BeautifulNara, jangan lupa masukkan kod kupon “CHTP101M” ketika membuat pembelian. Dengan setiap pembelian RM50, korang akan dapat balik rebat RM10. Best kan? Apa tunggu lagi? Cubalah membeli belah secara online di Tesco Online Shopping hari ini juga. Anda pasti akan gembira dengan penjimatan masa dan tenaga yang akan dialami.