June 6th, 2016

Sudah dua tahun bergelar janda, pelakon yang sentiasa tampak awet muda dan seperti seorang remaja, Sari Yanti belum lagi bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan sekali lagi.

Buat masa sekarang, fokus Sari Yanti adalah untuk membesarkan dua orang anak lelakinya hasil perkahwinan bersama bekas suami, Mohd Edy Casmadi sebelum bercerai pada 11 Disember 2014.

Jujurnya saya sendiri tidak tahu sama ada saya sudah bersedia atau pun tidak untuk berkahwin semula.

Pada tahap sekarang saya tidak terlalu memikirkan soal perkahwinan kerana sibuk menguruskan anak-anak selain karier juga padat dengan pelbagai aktiviti.

Namun Sari Yanti akui, ada ketika hatinya merasa sunyi  serta memerlukan kasih sayang seorang lelaki. Malah beliau pernah terfikir untuk berkahwin. Walaubagaimanapun, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT kerana tidak mahu terburu-buru dalam mencari pengganti.

Jika saya belum pernah berkahwin mungkin saya agak risau kerana belum berumah tangga tetapi saya sudah melalui kitaran berkahwin, mempunyai anak dan bercerai. Ada saya terfikir tentangnya tetapi ia sekadar itu sahaja dan tidak terburu-buru pun hendak mencari pengganti.

Insya-Allah jika ada jodoh pasti saya berkahwin dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi.

Gagal sekali tidak bermakna akan gagal selamanya. Siapa tahu kali ini mungkin Sari Yanti akan bertemu dengan jejaka yang boleh menerima diri beliau seadanya dan menjaga anak-anaknya dengan baik? Setiap wanita pasti memerlukan kasih sayang seorang lelaki meskipun kadang –kala mereka tidak mengakuinya.

Sumber Berita : mStar Online