June 20th, 2012

Abang Nara seorang yang tak berapa pandai untuk membuat money management. Kadang-kadang sebelum gaji masuk, terpaksa pinjam duit dengan kawan-kawan untuk survive. Namun prinsip Abang Nara dalam bab pinjam-meminjam ini ialah bayar balik duit yang dipinjam secepat mungkin.

ptptn

Sebab itu Abang Nara agak pelik dengan isu yang timbul tentang PTPTN baru-baru ini. Bagi Abang Nara, konsepnya sama dengan kita pinjam duit kawan kita. Takkanlah dah pinjam duit tapi tak nak bayar balik? Itu bukan saja memalukan diri sendiri tetapi menyusahkan kawan kita. Lebih-lebih lagi dengan duit pembayaran balik ini akan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menyambung pelajaran ke universiti.

ptptn

Ramai kawan-kawan Abang Nara bila ditanya kenapa taknak bayar balik pinjaman PTPTN mereka, diorang berkata yang kadar faedah yang dikenakan tinggi sangat. Sebenarnya itu adalah auta dan bukannya fakta. PTPTN hanya mengenakan upah 1% sebagai kos pengurusan berasaskan sistem kewangan Islam. Mesti anda tak tahu tentang fakta ini kan?

ptptn

Banyak lagi fakta-fakta menarik dan yang betul mengenai PTPTN. Abang Nara pun baru tahu je. Cuba korang baca kat bawah nie:-
ptptn
ptptn
ptptn
ptptn

Mesti ramai yang tak tahu fakta-fakta yang Abang Nara dah kongsikan kat atas tue kan? Abang Nara minta sama-samalah kita renungkan perkara nie. Ini ada satu lagi fakta yang SANGAT PENTING Abang Nara nak kongsikan dengan anda semua:-
ptptn
Abang Nara rasa, semua yang belajar pastinya mahukan keputusan cemerlang. Jadi nasihat Abang Nara belajar sungguh-sungguh, dapat first class dan tak perlu bayar balik PTPTN. Senang je kan?
ptptn
Bagi Abang Nara senang je, dah pinjam kenalah bayar balik. Tak kiralah duit member ke, duit mak bapak ke, duit awek ke atau duit PTPTN. Lagipun Abang Nara rasa semua yang pinjam duit PTPTN nie dah sign agreement sebelum bersetuju untuk terima bantuan. Bayarlah balik supaya suatu hari nanti anak kita sendiri dapat gunakan PTPTN untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti.

Nasihat Abang Nara kalau nak cari fakta, tanya pada yang pakar. Mudah sangat layari je http://blog.nuffnang.com.my/2012/06/13/pembiayaan-pendidikan-perbadanan-tabung-pendidikan-tinggi-nasional-ptptn/