Written by serenity | October 24th, 2018

Intan Liana Salleh kini mempunyai semakin ramai pengikut di Instagram dan mempunyai kerjaya sebagai Instagram influencer. Kerjaya ini membolehkan Intan tampil dengan gaya menarik, solekan oleh jurusolek proesional dan fesyen muslimah yang mempesonakan.

Ramai memuji penampilan terbaru Intan Liana yang semakin cantik jelita.

Bagaimanapun, nampaknya ada yang tidak senang dan memperlekeh bahawa Intan hanya cantik kerana kuasa solekan. Malah, pengguna Instagram itu berkata bahawa isteri baru bekas suami Intan Liana, Izreen Azminda lebih cantik darinya.

 
Written by Bella | December 19th, 2017

Hubungan mesra antara pelakon Sharifah Sakinah dan aktor kacak, Aiman Hakim Ridza baru-baru ini mengundang pelbagai spekulasi liar. Ada yang mengatakan keintiman mereka berdua seakan lebih daripada rakan sekerja di set penggambaran sedangkan Sakinah sudah bergelar isteri orang.

Mungkin sudah bosan dengan segala tuduhan yang tidak berasas, Sakinah menerusi akaun Instagramnya menjelaskan hubungannya dengan Aiman hanya sekadar tuntutan watak bagi drama Rumah No 10 yang sedang dalam penggambaran.

Malah, suami Sakinah juga tidak kisah dengan perkara tersebut dan memahami kerjaya Sakinah sebagai pelakon. Sakinah juga meminta agar netizen tidak menjadi batu api.

Sebagai seorang isteri, kami yakin Sakinah tahu menjaga maruah beliau dan suami meskipun perwatakan beliau agak gila-gila dan selamba. Pedulikan sahaja kata-kata netizen.