Written by Bella | July 25th, 2015

Jika sebelum ini kami ada menyiarkan artikel dimana orang Korea akui Nora Danish kelihatan seperti Song Ji Hyo Malaysia, kini sebuah video terbaru mengenai reaksi orang Korea terhadap lima jejaka kacak dari Malaysia telah dimuat naik dan menarik perhatian ramai.

Antara lima jejaka tersebut ialah Fahrin Ahmad, Hans Isaac, Aaron Aziz, Alex Yoong dan Azlan Iskandar.

Dalam video berdurasi lebih dari dua minit itu memaparkan mereka memberikan pendapat telus dan jujur dari kaca mata mereka mengenai penampilan selebriti-selebriti lelaki yang ditunjukkan.

Rata-rata orang Korea menyukai jenis lelaki yang memiliki fizikal kepala kecil yang dimiliki atlet negara seperti Alex Yoong dan Azlan Iskandar.

Namun, antara jawapan yang ‘takleh blah’  apabila mereka mengatakan muka Aaron Aziz macam pelawak dan pak cik. ( ok memang kami tergelak besar sejujurnya).

Nak tahu bagaimana reaksi penuh mereka? Jom tonton video dibawah: