December 5th, 2019

Sudah sampai hujung tahun ini, makin ramailah yang mengikat tali pertunangan atau pun perkahwinan. Sama juga dengan pelakon Azar Azmi yang telah bertunang dengan jejaka pilihannya pada Ahad lepas.

Kalau anda nak tahu, lelaki bertuah tersebut iaitu Hafiz Roslan merupakan seorang bapa tunggal dan mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinan sebelumnya.

azar azmi rampas hafiz roslan daripada isterinya

Selepas mendapat tahu bahawa wanita berusia 30 tahun itu sudah bertunang, ramai yang ‘speku’ bahawa dia sebenarnya telah caras hubungan bekas pasangan suami isteri tersebut. Pulak?

Lantaran itu, Hafiz sendiri telah mengakui bahawa sememangnya dia pernah berkahwin sebelum ini namun sudah bertahun dia kembali hidup solo.

azar azmi rampas hafiz roslan daripada isterinya

Dia juga memberi kenyataan ringkas bahawa bukanlah Azar yang menyebabkan rumah tangganya retak.

Bukan Azar penyebab saya bercerai dahulu.

Difahamkan, Azar telah pun menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit itu sejak lima tahun yang lepas sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke peringkat yang lebih serius.

Apabila disoal mengenai pertunangan mereka, Hafiz lebih senang menguncikan mulutnya dan meminta semua supaya menunggu kenyataan rasmi daripada Azar sendiri.

Minta maaf, saya telah dinasihatkan agar tidak memberi sebarang komen.

azar azmi rampas hafiz roslan daripada isterinya

Pasangan ini merancang untuk menjalankan majlis perkahwinan mereka pada hujung tahun hadapan sekiranya diberi kesempatan.

Kesian, baru sahaja nak kecap bahagia tetapi ada pula cerita tidak elok yang rosakkannya.

Sumber: mStar Online