Written by Bella | March 28th, 2019

Beberapa hari lalu, nama pelakon Atikah Suhaimie kembali hangat diperkatakan selepas beliau memuat naik foto agak seksi ketika berenang di pantai.

Foto itu mengundang kecaman daripada netizen sehingga ada yang mengatakan Atikah tidak mungkin berubah dan sudah mula ingin mencari pengganti walaupun baru sahaja putus tunang dan tidak jadi berkahwin dengan Awi Rafael.

Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, Awi nampaknya seakan masih ada lagi sifat penyayang terhadap bekas tunangnya itu. Menerusi ruangan komen, Awi meminta netizen positif dan berhenti mengecam Atikah.

Membalas komen Awi, Atikah mengucapkan terima kasih dan pada masa yang sama memuji sikap penyanyi itu begitu manis sekali.

Tiada jodoh bersama, tidak bermakna mereka berdua harus bermusuhan bukan? Bagus betul Awi dan Atikah yang masih berkawan baik, semoga terus damai seperti ini selamanya.

Written by Bella | March 26th, 2019

Keputusan Awi Rafael untuk putus tunang dan membatalkan perkahwinannya bersama Atikah Suhaime mengejutkan ramai. Pelbagai spekulasi timbul mengenai punca mereka berpisah termasuklah berkaitan kontroversi Atikah dahulu.

Bagaimanapun, isu itu sudah pun berakhir dan mereka sudah pun membawa haluan hidup masing-masing.

Atikah juga sedang menjalani penggambaran drama di Thailand dan pada masa yang sama mengambil peluang untuk menikmati tempat menarik dan keindah di negara tersebut.

Memuat naik foto beliau berenang di pantai, foto tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Nampaknya Atikah sudah kembali dengan penampilan seksi dan ‘daring’.

Kata netizen, adakah beliau sudah memulakan ‘misi’ untuk mencari pengganti? Ada juga yang menasihati pelakon itu untuk tidak mengenakan pakaian menjolok mata dan boleh mengundang fitnah.

Relaks netizen, berilah peluang untuk Atikah menenangkan fikiran. Bukan mudah  untuk melupakan episod hitam tidak jadi berkahwin.