Written by Bella | May 28th, 2019

Sudah berkali-kali dikecam, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri nampaknya masih tidak serik untuk bergelar penyanyi.  Terbaru, Aliff bakal melancarkan lagu rayanya sendiri berjudul Jom Raya gandingan bersama penyanyi Zizi Kirana.

Sempat memuat naik video ketika sesi rakaman lagu tersebut, nyanyian Aliff bagaimanapun dikritik teruk, sehingga ada yang samakan suaranya macam suara katak.

Berang nyanyiannya dikecam hebat oleh netizen, Aliff tampil meluahkan rasa tidak puas hatinya. Terkilan dengan sikap netizen yang tidak menghargai bakatnya.

Luahan itu turut mendapat perhatian pelakon dan penyanyi Erra Fazira yang menyarankan agar Aliff menjalani latihan nyanyian dengan guru vokal.

Rata-rata netizen juga berpendapat bidang nyanyian tidak sesuai untuk Aliff dan lebih baik fokus kepada perniagaannya sahaja.

Mungkin benar apa yang dikatakan oleh netizen itu, memanglah ada minat untuk menyanyi tetapi kalau hanya dikecam tiada bakat, lebih baik kekalkan sahaja ia sebagai hobi. Janganlah terus menyalahkan orang lain dengan mengatakan mereka tidak menghargai bakat anda.

Written by Bella | February 13th, 2019

Berkongsi foto hadiah ganjaran bernilai RM350,000 untuk pekerja dan seluruh pasukan yang menjayakan projek terbarunya dikenali sebagai As Legacy sambil melakukan cabaran Falling Stars Challenge, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri tumpuan ramai.

Sekali lagi, jutawan ini dituduh riak kerana terlalu ingin menunjuk betapa beliau mempunyai wang yang banyak.

Bagaimanapun, ada yang mempertahankan tindakan Aliff itu dan apa salahnya untuk beliau berkongsi rasa gembira atas pencapaian pekerjanya dan ingin menghadiahkan mereka ganjaran yang cukup istimewa.

Setiap orang mempunyai cara masing-masing dan kita semua tahu Aliff memang gemar memuat naik setiap aktivitinya di media sosial. Fikir positif sahaja dan anggap ia sebagai pembakar semangat untuk mereka di luar sana berjaya seperti beliau.