Written by AbangNara | September 7th, 2009

wondergirls

Terus terang Cik Normah nak cakap, macam mana sesetengah pelakon atau penyanyi wanita boleh hidup serba mewah sedangkan pencapaiannya tidak seberapa? Bukan saja Cik Normah, orang yang berakal pun selalu fikir secara logiknya macam mana mereka boleh mempunyai kereta besar dan berjenama, tinggal di tempat eksklusif, makan di tempat mahal-mahal dan pakaian pakaian berjenama terkenal.

Jadi, satu hari hampir tersedak seketika Cik Normah apabila seorang teman baik tiba-tiba membisikkan khabar hangat pasal perkara ini ke telinga Cik Normah. Yalah, siapa yang tidak tersentak apabila diberitahu, ada pelakon yang pasang lima lelaki kaya sekali gus?

Cik Normah memang pernah dengar cerita, ada di kalangan pelakon kita yang ditaja atau dibela oleh orang kaya. Kononnya, kalau pelakon itu cantik jelita dan nama pula agak popular, maka ada VIP atau lelaki kaya yang cuba merapati.

Kalau nasib baik, dapatlah pelakon atau penyanyi tadi tadi bersenang lenang seketika dengan kemewahan yang dilimpahkan kepadanya.

Betul atau tidak kisah sedemikian, Cik Normah tidak berani hendak sahkan sebab pelakon yang dimaksudkan oleh rakan Cik Normah itu belum berani menayangkan kemewahan bersama penaja secara terbuka.Setakat berkepit manja macam itu, pernah juga Cik Normah ternampak.

Tetapi, kes terbaru yang disampaikan kawan Cik Normah tadi memang buat Cik Normah geleng kepala. Sebelum ini Cik Normah dengar, pelakon atau penyanyi perempuan selalunya berkepit dengan seorang VIPsaja pada satu-satu masa. Tapi apabila sampai lima penaja, itu sudah kira sejarah baru tercipta.

Khabarnya, apabila hadir ke lokasi penggambaran, si pelakon perempuan ini akan datang dengan kereta mewah yang lain, berserta pegawai peribadinya sekali. Balik pula, dia dijemput kereta mewah jenis lain pula, dengan pemandu lain juga. Cik Normah juga yang asyik turun naik tren dan teksi. Suami Cik Normah pun jarang jemput Cik Normah balik atau hantar pergi kerja sebab dia pun dengan tugasnya.

Masalahnya, Cik Normah tengok pelakon perempuan itu taklah hebat mana pun. Kalau disebut namanya, ramai yang boleh jadi terpinga-pinga. Namanya pun seperti baru saja hendak bertapak. Orang macam ini sebenarnya boleh merosakkan imej pelakon perempuan lain yang menceburi bidang seni dengan niat yang jujur, bukan menjadi tempat untuk mendapatkan kemewahan dengan mudah.

P.S: Apo nak jadi ngan artis wanita Malaysia nie. Orang jadilah kaya sebab memang pandai berlakon. Ini kaya sebab pandai ngorat VVIP. Kang kena balun ngan bini VVIP baru tau.

#Sumber dari Berita Harian

Written by AbangNara | August 6th, 2009

kuiz

Kami tahu anda tengah kebosanan membuat kerja yang tak habis-habis lagi kat opis tue. Jadi kami sengaja nak menguji kehebatan anda dan mengajak anda memerah otak sedikit. Cuba teka siapakah selebriti wanita di atas yang bergambar dengan Apek?

Klunya dah dibagi kat gambar kat atas tue. Taknak bagi klu lain sebab anda semua bijak-bijak belaka. Selalu kalau kitorang tak bagi klu pun dapat teka jugak. Hehehe.

Teka jangan tak teka. Selamat meneka.

Written by AbangNara | May 14th, 2009

selebriti malaysia

Kali ini agak susah sikit sebab kami pun baru kenal artis wanita ini. Klunya ialah:-

  • seorang ibu tunggal
  • berhenti jadi artis pada usia 19 tahun selepas berkahwin
  • umur sekarang 35 tahun
  • selalu jadi awek dalam video klip Iklim

Kalau pandai tekalah. Hehehehe.

Written by AbangNara | May 13th, 2009

artis wanita malaysia

Dah lama rasanya tak menguji kebijaksanaan pembaca-pembaca blog kami. Soalannya mudah aje, siapakah penyanyi wanita di dalam gambar di atas?

Nak klu? Lagu dia sangat popular di Hot FM. Hampir setiap hari kot boleh dengar. Nak klu lagi? Dia dah lama menyanyi cuma agak kurang femes.

Kalau pandai tekalah. Hehe. Jawapannya kami akan bagitau esok. Selamat mencuba!!!