Written by AbangNara | November 9th, 2011

Disebabkan ramai sangat yang tanya kenapa tak ada gambar Siti Saleha versi close up masa malam Anugerah Skrin 2011, terpaksalah Abang Nara kongsikan lagi gambar-gambar sekitar malam tersebut. Buat peminat Siti Saleha, nah sebijik gambar versi boleh nampak bulu hidung untuk tatapan anda.

gambar ask2011

Layankan lagi 19 gambar sekitar malam Anugerah Skrin 2011 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada MIG Online.

 
Written by AbangNara | November 7th, 2011

Oh, comelnya Diana Danielle memakai baju bergemerlapan emas. Meruntun jiwa ini dibuatnya. Jelas terserlah kesucian di wajah Diana Danielle. Sekali tengok macam budak form 5 pun ada jugak. Yang penting memang cute mute betul si Diana Danielle ini di pandangan mata Abang Nara.

gambar malam ask2011

Namun begitu di mata Abang Nara yang paling comel sudah tentulah wifey yang tercinta (ayat cover line). Layankan lagi 59 gambar sekitar malam Anugerah Skrin 2011 yang diambil oleh Redmummy dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | November 6th, 2011

Inilah gambar pasangan pengacara Anugerah Skrin 2011 yang dikatakan ramai gagal membangkitkan kemeriah majlis anugerah tersebut. Mungkin ketiadaan pengalaman membuatkan keserasian antara Rozita Che Wan dan Ally Iskandar tidak wujud. Kesian jugak Abang Nara tengok Ally Iskandar yang berusaha keras untuk menghidupkan suasana.

gambar ask2011

Layankan sampai lebam 76 lagi gambar sekitar malam Anugerah Skrin 2011 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | November 5th, 2011

Semalam telah pun berlangsung majlis penuh gilang gemilang Anugerah Skrin 2011. Namun sayang kerana gandingan Ally Iskandar dan Rozita Che Wan kurang menjadi. Rozita Che Wan bagi Abang Nara terlalu mengikut skrip sehingga Ally mati kutu cuba berinteraksi dengannya. Tapi tak apa, biasalahkan awal-awal jadi pengacara. Tak gitu?

keputusan penuh anugerah skrin 2011

Kepada yang tak sempat menonton, Abang Nara bawakan kepada anda keputusan penuh Anugerah Skrin 2011. Paling menarik sudah tentu kemenangan drama Juvana yang mengalahkan beberapa drama pilihan yang lain. Sebentar lagi Abang Nara akan uploadkan gambar red carpet Anugerah Skrin 2011.

Kategori Drama

  1. Drama Terbaik – ‘Sanggul Beracun’ – Sabri Yunus
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, ‘Janji Syurga’
  3. Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, ‘Kum Kum’
  6. Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  7. Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  8. Drama Rantaian Terbaik – ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd
  9. Drama Komedi Terbaik – ‘Geng Surau’
  10. Videografi Terbaik – ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd

Kategori Filem

  1. 1. Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’
  3. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’
  6. Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’
  7. Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee

Kategori Penerbitan Dalaman

  1. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng
  2. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Selami Jiwa: Dato’ Fadzillah Kamsah
  3. Rancangan Hiburan Terbaik – Maharaja Lawak Akhir
  4. Rancangan Muzikal Terbaik – Shout Awards 2010
  5. Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2011: Top 12 Show
  6. Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama, ‘Pengemis Terhemat’.

Anugerah Khas

  1. Anugerah Yasmin Ahmad – Syamsul Yusof
  2. Anugerah Artis Harapan Pantene – Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji’

Apa pendapat anda tentang Anugerah Skrin 2011 semalam? Best or tak best?