Written by AbangNara | October 25th, 2012

Entah mengapa, nama Tasha Shilla sering dikaitkan dengan gosip dan kontroversi yang tak sudah-sudah. Paling terbaru ialah gosip tentang kehidupannya ditaja oleh seorang Datuk yang hanya dikenali dengan nama Datuk J. Malah kereta Audi A5 milik Tasha juga dikatakan ditaja oleh Datuk J ini.

tasha shilla

Yang pastinya Tasha Shilla langsung tidak mengenali identiti Datuk J ini. Bersua muka pun tidak. Abang Nara tersentuh hati apabila Tasha Shilla memberitahu Berita Harian yang dia pernah menangis akibat gosip yang tidak henti-henti ini. Sedih kan? Kata Tasha:-

Bohonglah kalau saya kata tak sedih apabila tak henti-henti dilanda gosip sebegini. Ada ketika saya menangis juga. Paling kasihan tentunya ayah saya apabila terpaksa berdepan pertanyaan demi pertanyaan daripada kawannya, yang mahukan pengesahan mengenai gosip itu. Saya tak mahu buat dia bersedih. Seboleh-bolehnya, saya tak nak marah atau melenting apabila terus menjadi bahan gosip. Tapi sebagai manusia biasa, tak mustahil satu hari saya meletus juga kerana kesabaran ada batasnya.

tasha shilla

Abang Nara rasa ada pihak yang dengki dengan Tasha Shilla. Lagi-lagi bila Tasha memenangi Anugerah Pelakon Baru Wanita Popular ABPBH dan Anugerah Heroin Terhebat di Anugerah Blockbuster baru-baru ini. Itu yang gosip-gosip sebegini disebarkan untuk menjatuhkan Tasha Shilla. Diharap Tasha dapat bersabar dengan dugaan sebegini dan terus menunjukkan mutu lakonan yang hebat untuk menutup mulut orang ramai.

Written by AbangNara | October 9th, 2012

Nama Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa memang tengah meletup-letup sekarang ini gara-gara drama Adam dan Hawa. Kedua-duanya menunjukkan mutu lakonan yang superb di dalam drama ini. Walaupun pada mulanya ramai yang meragui keupayaan Nadiya NIsaa kini para pengikut drama ini mula mengakui betapa tepatnya pemilihannya sebagai heroin Adam dan Hawa.

nadiya nisaa

Secara jujur, Nadiya Nisaa ini lebih cantik apabila ditengok secara live berbanding di dalam gambar. Mungkin Nadiya kurang photogenik. Namun itu semua tidak penting kerana peminat sekarang sudah mula menghargai pelakon yang berbakat dan bukannya pelakon yang hanya bergantung pada rupa sahaja. Tak gitu?

nadiya nisaa

Lagi 11 gambar Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa di malam Anugerah Blockbuster dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar BuahMulut.

P.S: Lawak Ke Der Style daripada Nabil. Memang funny.

 
Written by AbangNara | October 9th, 2012

Hati ayah mana yang tidak kecewa melihat pakaian anak perempuan yang terlalu seksi ketika menghadiri sesuatu majlis. Pastinya Amy Search tidak terkecuali apabila anaknya, Nabila Huda tampil dengan pakaian yang menunjukkan sebahagian dada dan perutnya di malam Anugerah Blockbuster baru-baru ini.

nabila huda seksi

Kata Amy kepada Mstar Online:-

Seperti bapa-bapa lain, saya tidak akan bersetuju dan suka jika anaknya berpenampilan begitu. Sebab itu, semasa Nabila menjadi penyampai anugerah bersama Zahiril Adzim, bahagian perut Nabila yang terdedah sudah ditutup dengan sehelai kain. Dia sudah cukup dewasa dan boleh berfikir sendiri. Jangan bagi sedikit pun ruang kepada orang untuk mengata dan menjatuhkan kita.

nabila
Untuk yang tidak tahu, semasa Nabila Huda tampil ke atas pentas untuk menyampaikan anugerah, dia telah menutup bahagian dada dan perutnya yang terdedah dengan sehelai kain. Pasti majlis tersebut akan kecoh sekiranya Nabila tidak berbuat demikian. Namun begitu Nabila memohon maaf sekiranya fesyennya itu menimbulkan rasa kurang senang.

Saya minta maaf kepada semua pihak sekirangnya fesyen tersebut menimbulkan perasaan kurang senang dan saya bertanggungjawab

Nabila Huda pun dah besar panjang bak kata ayahnya. Sepatutnya perkara sebegini tidak wajar berlaku. Menjadi artis bukan tiket untuk memakai pakaian yang seksi melampau. Semoga kontroversi ini akan menjadi pengajaran buat Nabila dan tidak akan mengulanginya lagi di masa hadapan.

P.S: Migrasi haiwan serata dunia.

Written by AbangNara | October 8th, 2012

Di kala Tasha Shilla menafikan pernah berparti dengan Datuk J, Shahrizal Jasle tampil sebagai pasangan Tasha ke majlis Anugerah Blockbuster. Mungkinkah “J” yang dimaksudkan dalam gosip itu stand for Jaszle? Hmmmm…..(ayat ini gurauan sahaja tapi ramai plak yang percaya. Shah Jaszle tiada kaitan dalam cerita Tasha Shilla berdisko ye)

tasha shilla

Tasha Shilla dan Shah Jaszle nampak sama cantik dan sama padan. Sekali pandang, seperti pasangan sedang bercinta. Siapa tahu satu hari nanti bunga-bunga cinta akan berputik antara mereka berdua. Masing-masing pun sedang single mingle. (maaf sekali lagi. terlupa plak yang si Shah Jaszle ini sudah pun berpunya. Maafkan saya)

tasha shilla

Lagi 8 keping gambar Shah Jaszle dan Tasha Shilla di malam Anugerah Blockbuster dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada BuahMulut.

vco

P.S: Inginkan wajah cantik jelita? Abang Nara pun dah try dan memang kesannya sangat power. Cubalah try Catalyst Virgin Coconut Oil. Hanya RM39.90 sahaja. Mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan dijamin halal. Untuk tempahan sila email ke lorongsetia8 [at] gmail.com atau LIKE Facebook Cantik BeautifulNara.