Written by Bella | May 19th, 2017

Beberapa kali gagal dalam percintaan, pelakon Anis Al Idrus akhirnya mengumumkan beliau bakal bernikah dengan Mohd Rafzan pada Julai depan walaupun baru sahaja mengenali lelaki tersebut sekitar bulan Januari lepas. Anis juga memberitahu mereka sudah mengikat tali pertunangan pada bulan Mac dalam sebuah majlis yang sederhana sahaja.

Untuk makluman anda, Anis sebelum ini pernah bercinta dengan Sharnaaz Ahmad dan Raja Afiq.

Alhamdulillah, akhirnya saya ditemukan jodoh dengan lelaki yang menerima saya seadanya. Insya-Allah kami memilih Julai ini untuk diijabkabulkan. Pada Isnin ini saya akan umumkan tarikh sebenar majlis istimewa itu. Kami sudah bertunang pada Mac lalu dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Sikap matang Mohd Rafzan membuatkan pintu hati Anis terbuka untuk berkahwin. Buat Anis, ini adalah jodoh yang sudah ditakdirkan oleh Allah SWT.

Saya selesa mengatakan ia adalah takdir pertemuan yang sudah ditentukan Allah. Namun kematangan dan penerimaannya terhadap diri saya yang membuatkan perjalanan hubungan ini lebih mudah.

Anis akan mengulas lanjut tentang perancangan majlis perkahwinannya dalam sebuah majlis sidang media yang bakal diadakan pada 23 Mei ini.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | May 11th, 2017

Ketika beliau putus cinta bersama Raja Afiq, pelakon Anis Al Idrus menyatakan pintu hatinya sudah tertutup untuk bercinta lagi. Walaubagaimanapun, sekitar awal tahun ini, beliau nampaknya mempunyai kekasih baru dikenali sebagai Aiman Rafzan.

Mula ada pihak mempersoalkan tentang pendirian Anis dan ada juga melabelkan beliau sebagai seorang artis wanita bertudung yang hanya dikenali dengan kisah cintanya sahaja.  Namun, buat Anis, beliau tidak mampu unutk melawan ketentuan takdir berkaitan jodohnya.

Memang selepas episod cinta lalu, saya pernah cakap hati sudah pun tertutup. Bagaimanapun, pertemuan dengannya membuatkan hati saya terbuka semula untuk mengenali dirinya. Saya juga tak ambil kisah andai ada yang berkata, artis bertudung bernama Anis Al Idrus tak habis-habis dengan kisah cinta, berbanding kerjaya seni. Terpulanglah apa orang nak cakap. Kehidupan perlu diteruskan.

Bak kata pepatah, manusia hanya mampu merancang tetapi takdir yang menentukan segalanya. Kadang-kadang memang ada yang serik untuk bercinta lagi selepas gagal dalam percintaan, namun akan ada satu saat seseorang akan hadir di dalam hidup kita dan membuka pintu hati kita untuk menjalinkan percintaan semula.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | January 31st, 2017

Pernah bercinta dengan Sharnaaz Ahmad dan kemudiannya menjalinkan hubungan pula dengan Raja Afiq,  ada sesetengah pihak yang melabelkan Anis Al Idrus sebagai playgirl bertudung. Walaubagaimanapun, Anis nampaknya tidak mudah melatah dengan tuduhan berkenaan dan pada masa yang sama menafikan dirinya sebegitu.

Tidak! Saya bukan perempuan seperti itu. Ramai yang ingat saya asyik bertukar kekasih. Bercinta dengan lelaki ini, lepas itu putus dan terus ada penganti lain. Tetapi itu yang orang nampak dan tak tahu cerita sebenar. Kalau yang betul-betul mengikuti kisah saya, mereka tahu bukan mudah untuk diri ini menerima cinta baru dalam hidup.

Setahu saya, maksud playgirl ialah perempuan yang bercinta dengan ramai lelaki atau bertukar pasangan dalam masa yang singkat.

Di sini, sudah nampak berbeza dengan kisah cinta saya. Kalau diikutkan selepas hubungan dengan bekas kekasih putus, saya mengambil masa hampir setahun untuk menerima orang lain. Jadi, bila masa pula saya bertukar-tukar pasangan?

Sejak putus cinta bersama Raja Afiq, Anis masih lagi belum ada pengganti dan tiada masa sebenarnya untuk mencari cinta baharu kerana sibuk dengan kerjayanya.

Anis akui beliau tidak mahu terburu-buru dalam soal cinta dan mahukan seseorang lelaki yang memahami diri dan kerjayanya.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | November 3rd, 2016

Pelakon Anis Al Idrus akui kisah putus cinta bersama Raja Afiq memberikan impak yang agak besar buat dirinya apabila ia masyarakat mula memandang negatif kepada dirinya. Sedikit sebanyak hal itu menjejaskan reputasinya sebagai seorang selebriti yang masih mencari arah dan menapak dalam industri hiburan tempatan.

Saya tidak boleh menghentikan pelbagai andaian terhadap saya kerana tipikal segelintir masyarakat kita memang sukakan gosip. Jadi, apa yang perlu saya buat ialah sentiasa tukarkan aura negatif itu menjadi positif agar ia tidak terus menganggu emosi.

Menurut Anis beliau cuma mangsa keadaan dan tetap akan meneruskan niatnya untuk mendedahkan punca sebenar mereka berpisah.

Maaf, atas nasihat beberapa individu, saya tidak dapat kongsikan sebarang kenyataan buat masa sekarang kerana bukti-bukti tersebut akan dibentangkan pada satu masa yang akan saya umumkan kelak.

Saya harap dengan pendedahan itu boleh membuka mata siapa yang yang benar dan siapa yang salah dalam hal ini.

Pada masa yang sama, Anis memberitahu beliau gembira dengan kehidupannya sekarang biarpun tiada teman istimewa di sisi.

Sumber Berita : mStar Online