Written by Bella | June 9th, 2017

Watak Airil yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya menerusi drama Andainya Takdir kini sedang mendapat sambutan yang cukup hangat. Setiap hari peminat ingin mengetahui apa lagi derita serta seksaan yang perlu Fatihah lalui gara-gara sikap cemburu buta dan panas baran Airil.

Tidak pernah menyangka ia akan mendapat perhatian ramai, Shukri meluahkan rasa syukur terhadap sokongan yang diberikan.

Alhamdulilah, saya bersyukur dengan sambutan yang diberikan peminat. Sejujurnya, saya tidak menyangka sambutannya begini hebat hingga menjadi trending di Twitter. Bukan saya menjadikan watak ini sempurna tetapi kru produksi yang bertungkus-lumus siang malam bagi memastikan ia berjaya.

Saya amat menghargai mereka yang sentiasa menyokong. Ternyata penceritaan yang cuba disampaikan berjaya diterjemah dengan sempurna.

Menurut Shukri, hampir setiap hari beliau menerima pelbagai  komen peminat yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka di laman Instagram mengenai sikap panas baran Airil yang sukar dikawal dalam drama terbabit sehingga mencederakan Fatihah.

Berbicara mengenai saingan drama Andainya Takdir dengan beberapa lagi drama lain yang turut menjadi fenomena kini, Shukri berpendapat populariti bukanlah pengukur untuk menarik perhatian penonton. Apa yang penting kualiti sesebuah karya itu yang membolehkan ia mendapat jumlah tontonan yang tinggi.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | June 8th, 2017

Pelakon Shukri Yahaya sebelum ini cukup terkenal dengan watak romantis yang membuatkan hati ramai wanita di luar sana “cair” dengan kemanisan beliau. Namun, untuk drama Andainya Takdir yang kini ditayangkan di TV3, Shukri membawakan watak yang cukup berbeza.

Watak Airil yang dilakonkan oleh Shukri adalah seorang yang panas baran, cemburu buta sehingga sanggup memukul isterinya Fatihah yang dilakonkan oleh Nina Iskandar.

Menariknya, lakonan beliau sebagai kaki pukul dipuji penonton dan mereka merasakan Shukri seorang pelakon yang cukup berbakat serta berjaya “menghidupkan” karakter tersebut dengan baik.

Kami juga bersetuju bahawa lakonan Shukri menerusi drama berkenaan memang cukup mantap dan tampak begitu “natural”. Tidak hairanlah jika satu hari nanti beliau akan menjadi seorang pelakon yang disegani dan lebih popular berbanding sekarang. Ini namanya pelakon yang berkualiti.