June 4th, 2020

Mengumumkan bakal mengambil seorang lagi anak angkat pada tahun hadapan beberapa tahun lalu, pelakon Datin Seri Zizie Ezette akui kini dalam proses menguruskan pengambilan tersebut di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak.

zizie ezette ambil lagi anak angkat

Meskipun sebelum ini telah membesarkan dua orang anak angkat beberapa tahun lalu, Zizie turut menyatakan yang dirinya melalui prosedur pengambilan yang sama seperti dilalui orang awam yang lain.

Berita pengambilan anak angkat barunya itu dikongsikan Zizie di laman Instagramnya.

View this post on Instagram

Hari utk uruskan document pengesahan pengambilan anak angkat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak. . . Baru lah ada kelapangan. Sebelum ni mommy sorang ni sibuk mengandung dan beranak je 3 tahun berturut2. Tahun ni baru dpt relax sikit. In shaa allah tahun depan ada lg sorang. Eh! πŸ˜†πŸ˜œ . . Kpd yg bertanya, saya guna procedure yg sama mcm org lain & betul mengikut undang2. Kena beratur, ambik nombor, tggu giliran. Isi borang. Everything. Tiada keistimewaan atau guna cable. πŸ˜… . . #maskon #newnormal #socialdistancing

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on

β€œBaru la ada kelapangan. Sebelum ini mommy seorang ni sibuk megandung dan beranak tiga tahun berturut-turut.”

Hal ini kerana, menurut Zizie, beliau difahamkan perlu beratur mengambil nombor, menunggu giliran dan mengisi borang sama seperti orang lain.

Tiada isitilah istimewa diberikan kepadanya apatah lagi menggunakan kabel bagi mengendalikan proses tersebut.

zizie ezette ambil lagi anak angkat

Selain mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan, menjengah ke ruangan komen, entri yang dimuat naik Zizie dihujani pelbagai kata murni malah rata-rata pengikut di laman berkenaan turut memuji sikapnya yang sentiasa merendah diri.

Sebelum ini Zizie mempunyai dua orang anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Bagaimanapun, selepas bebarapa tahun mendirikan rumah tangga, beliau dan suami, Datuk Seri Bung Moktar dikurniakan cahaya mata lelaki kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zake Izette serta seorang anak perempuan Aalisa Belle Izette.

Advertisement
July 30th, 2019

Walaupun mempunyai lima orang pengasuh, pelakon Zizie Ezette masih lagi menjalankan kewajipannya sebagai seorang ibu dan menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan dia tidak rapat dengan anak-anaknya.

Zizie tetap meluangkan masa bersama anak-anaknya dan memberikan sepenuh perhatian serta kasih sayang kepada mereka.

Alhamdulillah, anak-anak paling rapat dengan saya walaupun ada yang berpendapat bila mereka ada pengasuh, mereka akan lebih rapat dengan pengasuh dan ada juga yang berpendapat, mereka akan ingat pengasuh ibu mereka. Silap sama sekali andaian mereka itu pada saya.

Mungkin bukan kerja saya yang mencuci pakaian anak-anak, merapikan tempat tidur mereka dan tugas membersihkan rumah bukan juga tugas saya.

Sebagai ibu saya mempunyai tanggungjawab lebih besar dalam mendidik dan melihat perkembangan anak-anak di depan mata saya. Bukan seperti ada yang fikir, hanya beranak tapi lain-lain maid yang buat, jauh sama sekali.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada tahun 2009. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aadam Zac Izette,Aaleph Zake Izzate dan Aalisa Belle Izzete . Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, dan Aaric Zayn Izette.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
July 19th, 2019

Memang seronok rasanya kalau ada anak ramai,Β  tetapi bukan mudah untuk menjaga mereka. Biasalah budak-budak ada banyak kerenah dan memerlukan perhatian hampir setiap masa.

Seperti Zizie Ezette yang mempunyai keluarga besar, dikurniakan tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan yang comel. Agak sukar untuk memberikan perhatian kepada kesemuanya pada satu masa.

Baru-baru ini, Zizie Ezette memuat naik foto bersama pembantu rumah ataupun pengasuh yang menjaga lima anaknya. Mula ada pihak yang menuduh dirinya riak dan macam-macam lagi.

Bagaimanapun, jelas Zizie dia hanya sekadar ingin berkongsi kehidupan sehariannya dengan peminat, bukan niat mahu mahu menunjuk.

Saya bukannya mahu menunjuk atau riak, sebaliknya foto ini bertujuan berkongsi kehidupan bersama pengikut. Saya rasa tiada isu di sini kerana pengikut IG atau peminat sudah mengenali atau mengetahui kehidupan saya.

Apabila membaca ruangan komen di IG, saya dapati ramai yang memberi sokongan. Ada dalam kalangan pengikut berharap mereka meraih rezeki yang sama seperti mana saya dikurniakan. Saya tidak ketinggalan mendoakan dan berharap rezeki mereka dimurahkan oleh Allah SWT.

Seronok sebenarnya melihat keluarga besar Zizie, betapa ceria kehidupannya dengan kehadiran anak-anak tercinta.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
July 23rd, 2017

Jutaan tahniah diucapkan kepada Zizie Ezette dan Bung Mokhtar atas berita gembira ini. Zizie Ezette telah mengumumkan kehamilannya di Instagram. Pasangan suami isteri ini dijangka menerima cahaya mata kembar pada bulan Disember/Januari ini. Sudah pasti berita ini amat menggembirakan buat Zizie Ezette dan Bung Mokhtar setelah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2009.

zizie ezette mengandung

Tulis Zizie Ezette:-

I want to announce my latest productions. They will debut in Dec/Jan. .We’re having twins!!! Pls pray for a smooth and safe pregnancy & healthy babies. We wanted to keep it a secret until we are safely into the second trimester.

Unfortunately, we were denied the privilege to announce this big and special news to you personally and at our own time as some of you may have read in the papers today.
.
Well, it is done. I will continue this journey with a lot of gratitude & positivity. ??? #secondtrimester #twinpregnancy #blessed #grateful

zizie ezette mengandung

Susulan pengumuman ini, para pengikut laman sosial Zizie Ezette telah mengucapkan tahniah dan mendoakan segalanya berjalan lancar buat pelakon ini. Tahniah Zizie dan Bung. Semoga semuanya selamat sehingga hari kelahiran.

Advertisement