Written by Bella | June 12th, 2015

Penyanyi Siti Nordiana yang sudah hidup sebagai seorang ibu tunggal 6 tahun lamanya terpaksa akur dengan permintaan satu-satunya anak beliau, Muhammad Rayyan Nakhie yang tidak menginzinkan beliau untuk berumah tangga lagi, kerana masih sukar untuk menerima kenyataan sekiranya ada lelaki lain yang menggantinkan tempat arwah bapanya aktor Mohd Faizal Yusup.

Saya rasa salah satu sebab mengapa saya tidak berkahwin lagi sehingga sekarang adalah sebab anak saya. Dia sendiri tidak boleh terima jika saya berkahwin dan ada lelaki lain yang mendekati saya. Mungkin dia kecil lagi dan banyak perkara yang dia tidak paham lagi kerana dia selalu rasa bapanya masih ada walapun dia sendiri sudah tahu yang bapanya sudah kembali ke rahmatullah.

Jadi sehingga kini saya belum fikir untuk berumahtangga lagi kerana bukan senang untuk seorang lelaki hendak menerima saya bersama anak saya. Apa yang penting sekarang adalah anak saya tentag jodoh saya serahkan kepada Tuhan.

Namun, Siti Nordiana mengakui beliau merasa sedikit sukar untuk menghadapi hidup sebagai seorang ibu tunggal tanpa kehadiran lelaki yang bergelar suami disisinya.

Saya akui bukan mudah hidup sendiri ni. Lebih sukar apabila saya terpaksa membesarkan anak saya sendiri tanpa panduan seorang suami atau bapanya. Tanggungjawabnya sangat besar kerana apa yang jadi pada anak saya adalah atas didikan saya sendiri yang merupakan ibunya. Namun saya ambil ini sebagai cabaran hidup saya.

Tidak mengapa Siti Nordiana, anak adalah harta yang paling berharga dalam hidup. Zaman sekarang ini bukan mudah untuk berjumpa dengan lelaki yang baik dan sanggup menggalas tanggugjawab sebagai seorang bapa apabila berkahwin dengan ibu tunggal.

Sumber Berita: Murai