Written by Bella | May 24th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Sharifah Sakinah yang selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara pembedahan kira-kira jam 9 pagi tadi.  Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh kakaknya, Sharifah Shahira.

Kelahiran anak sulung Sharifah Sakinah bersama suaminya, Aliff Adha ini lewat dua minggu dari tarikh jangkaan.

Bayi dilahirkan sekitar 9 pagi tadi, 3.1 kilogram, bayi perempuan rasanya nama Anais Adha. Dilahirkan menerusi kaedah pembedahan, dia tiada rasa sakit kerana sudah ‘overdue’ lebih dua minggu. Jenuh menunggu masa untuk bersalin.  Alhamdulillah, mak dan ayah dapat cucu ke-17. Mak ayah Aliff pula menyambut cucu yang pertama.

Setelah lama menunggu akhirnya Sharifah Sakinah dan suami selamat menimang cahaya mata perempuan sulung mereka. Semoga kehadiran Anais akan memberikan kebahagiaan yang lebih buat mereka sekeluarga.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | May 11th, 2017

Sepatutnya melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Sharifah Sakinah bagaimanapun masih belum menunjukkkan sebarang tanda untuk bersalin. Malah, beliau juga sempat mengadakan majlis baby shower bertempat di kediaman keluarganya di Taman Melawati petang semalam.

Menurut Sakinah, beliau sebenarnya merasa teruja untuk menyambut kelahiran anak perempuannya yang bakal diberi nama Anais Adha.

Saya hanya menunggu masa bersalin. Kalau tidak hari ini, mungkin esok atau lusa. Perkataan Anais itu ada yang bermaksud rahmat, mulia dan anggun. Semoga ia memberi yang terbaik untuk anak kami ini, Insya-Allah.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis baby shower Sakinah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Kotak Studio