Written by Bella | June 22nd, 2015

Sering terpalit dengan kotroversi dan kritikan ramai, aktres Nabila Huda enggan ambil pusing dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada dirinya dan telah memaafkan mereka yang memburukkan ataupun menghina beliau selain mengakui dirinya juga tidak sempurna.

Tidak apalah, saya maafkan orang yang memburukkan atau menghina saya. Saya tahu bahawa diri ini juga tidak sempurna. Bukannya tidak kisah dengan komen-komen yang diberi, saya kisah. Dan kerana itu saya maafkan mereka dan menerima dengan hati yang terbuka atas keprihatinan mereka.

Yang berhak menilai saya ialah Allah. Bukan saya nak cakap yang saya ini kuat agama. Tidak! Iman pun tak sempurna. Cuma hanya Dia yang menilai kita.

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, Nabila mengambil peluang ini untuk berehat seketika daripada kerja-kerja lakonan sehinggalah menjelang Aidilfitri nanti. Nabila merasa teruja untuk menghayati ibadah puasa kerana tahun ini adalah tahun pertama beliau tidak terlibat dengan sebarang aktiviti seni pada bulan puasa.

Anggap je la haters-haters ini tiada kerja lain selain menghina, maafkanlah mereka satu hari nanti pasti mereka akan sedar perbuatan mereka tu. Manusia tidak lari daripada kesilapan tapi adakah mereka yang menghina itu juga sudah cukup sempurna sifatnya? Jangan rasa diri itu terlalu bagus untuk mengkritik orang lain. Cermin dahalu diri sendiri sebelum mengata orang lain.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

 

 

Written by AbangNara | June 17th, 2015

Artis dan kontroversi bagaikan isi dengan kuku. Memang tidak boleh dipisahkan. Bercakap di atas kapasiti seorang artis yang sering dihantui kontroversi sebelum ini, Nabila Huda berpendapat kontroversi hanya akan memberikan impak negatif dan langsung tidak membawa kebaikan kepada mana-mana artis. Zaman sekarang ini makin senang timbul kontroversi apabila terlalu banyak laman sosial digunakan untuk berkongsi aktiviti harian. Terbaru Nabila sendiri dihimpit kontroversi apabila gambarnya bersama 2 orang selebriti lain telah menimbulkan perbalahan di kalangan pengikutnya.

nabila huda

Namun kontroversi yang tidak melampau sememangnya diperlukan oleh artis, lebih-lebih lagi yang sedang mencipta nama. Cuma bagi pendapat Abang Nara, kalau boleh janganlah kita mencipta kontroversi sendiri dengan memuatnaik gambar yang mampu mencetuskan salah faham kepada para peminat. Itulah yang sedang dilakukan oleh Nabila apabila dirinya kini mengawal apa yang dimuatnaik ke laman sosial. Kata Nabila:-

Bukan bermakna sebelum ini saya sengaja berkongsi sesuatu di laman sosial untuk menjadi kontroversi. Selalunya berlaku sebaliknya sebab niat kita lain tetapi dianggap lain sehingga mewujudkan kontroversi pula.

Tetapi saya percaya, mengawal apa yang dikongsi mampu mengubah pandangan orang terhadap kita. Contohnya, kini saya hanya mahu dikenali melalui lakonan saya sahaja. Jadi, apa yang akan dilihat selepas ini hanya ke arah itu.

Memang sudah niat saya untuk memastikan tahun ini saya bebas daripada sebarang gosip. Sebab itu saya agak berhati-hati untuk berkongsi kini.

Dahulu mungkin saya tidak berapa peduli perasaan orang yang menyayangi saya dan hanya fikir tentang diri sendiri, tetapi semua itu kini sudah berubah. Tentunya orang yang paling saya mahu jaga hatinya adalah ayah saya.

Saya tidak perlu kontroversi. Cukup sekiranya saya hanya dihargai melalui bakat sahaja. Jika benar ada yang mahu kontroversi silakan, tetapi saya memang tidak perlu.

Bagaimanapun sepatutnya kita perlu mengubah cara pemikiran peminat yang selalu mempunyai persepsi buruk mengenai artis. Sebab itu kontroversi sebenarnya tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada mana-mana artis.

nabila huda

Secara jujur, berbanding tahun-tahun sebelum ini, tahun 2015 adalah tahun yang baik dan agak bebas kontroversi buat Nabila Huda. Teruskan mengawal perkongsian anda di laman sosial. Abang Nara tengok sekarang ini Nabila pun lebih banyak berkongsi gambar aktiviti anaknya. Itu sudah cukup bagus. Semoga berjaya diucapkan buat Nabila. Sumber Utusan.

P.S: Korek gua untuk dijadikan rumah

Written by AbangNara | June 18th, 2014

Tak tahu sama ada peminat ini benar-benar serius atau sekadar menyindir Nabila Huda. Namun Abang Nara terkejut juga dengan ajakan peminat ini agar Nabila Huda menukar agamanya daripada Islam kepada Kristian. Adakah peminat ini menganggap gaya hidup Nabila terlalu liar sehingga membataskan pergerakannya sekiranya masih beragama Islam? Hmmmm.

nabila huda

Yang paling tak tahan siap boleh ajak anak Nabila Huda sekali. Nampak gayanya media sosial sekarang sudah semakin berbahaya. Takut-takut dakwah sebegini akan lebih menular. Abang Nara percaya Nabila Huda kuat pegangan agama Islam dan tidak akan mudah terpengaruh dengan ajakan sebegini. Namun masih kena berhati-hati.

nabila huda

Jangan lepas ini ajakan sebegini menular kepada orang kebiasaan sudahlah. Sama-samalah kita bersikap lebih peka. Kepada Nabila Huda, mungkin sudah tiba masa untuk anda mengubah sedikit gaya hidup anda. Bukan nak cakap tak elok yang sekarang ini, tetapi kalau sampai orang dah ajak tukar agama, pasti ada sesuatu yang tak kena kan? Renung-renungkanlah.

P.S: Ragam peminat Piala Dunia 2014

Written by AbangNara | December 17th, 2013

Ya kalau anda mengikuti Instagram Nabila Huda, pasti anda mengetahui kontroversi yang sedang melanda pelakon ini. Untuk makluman anda, kini Nabila Huda dan anaknya, Keisha sedang bercuti di Bali. Seperti biasa, Nabila sering berkongsi gambar percutiannya bersama anak tercinta menerusi Instagram untuk tatapan para peminat.

instagram nabila huda

Komen yang sering diterima sekiranya meletakkan gambar anak adalah seperti “so sweet”, “comelnya anak awak” dan “like mother like daughter”. Namun dalam kes Nabila Huda, ada beberapa komen yang kurang manis didengar. Digelar sebagai haters, komen-komen yang diberi antaranya menyelar cara didikan Nabila Huda kepada Keisha.

instagram nabila huda

Mungkin bengang dengan komen-komen kurang ajar ini, Nabila Huda meninggalkan satu pesanan panjang lebar buat para hatersnya di salah satu gambar yang dikongsi. Pesanan tersebut berbunyi:-

Dear haters, You can say anything about me, about my weakness, how i treat my daughter, bad or good, or anything. well,right now, I’m in bali and trying my best to spend my holiday with my daughter and we had so much fun here and YOU?you’re still in the same place,scrolling up n down ur smartphone like an idiot and getting angry and jealous with my life.You better go and find yours,LOSER! #Lifeistooshorttogiveafuck

instagram nabila huda

Setiap ibu bapa mempunyai cara yang berbeza untuk mendidik anaknya. Bukan hak kita untuk menyalahkan mereka. Namun bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lagi beberapa gambar Nabila Huda dan Keisha bercuti di Bali dengan membaca artikel ini sepenuhnya.