May 3rd, 2018

Hampir setiap hari kita boleh dengar berita tentang kes hamil anak luar nikah semuanya gara-gara menurut kata nafsu dan demi membuktikan rasa “cinta” kepada kekasih sehingga tergadai masa depan.

Terbaru, seorang wanita yang dikenali sebagai Sofia  tampil membuat pendedahan mengejutkan dan mendakwa beliau sedang hamil hasil hubungan terlarang bersama seorang pemuzik rock lagenda.

Tujuan Sofia mengakui perkara tersebut kerana ingin menuntut janji pemuzik itu supaya bertanggungjawab ke atas kandungannya itu. Difahamkan, pemuzik itu melarang  dia untuk mengugurkan kandungannya dan berjanji untuk bernikah dengan Sofia, tetapi lelaki itu tiba-tiba menghilangkan diri.

Saya tampil kerana mahu dia bertanggungjawab dan tunaikan janji sejak hari pertama dia tahu saya hamil. Dia yang halang saya gugurkan janin ini dan berjanji akan bernikah. Tetapi, selepas kandungan saya masuk lima bulan, dia tiba-tiba berubah.

Saya buntu kerana tidak dapat bercakap dengannya, malah dia juga melarikan diri. Keluarga dan rakannya juga tidak dapat membantu saya. Saya tidak pandang rupa dan harta, sebaliknya menerima dirinya kerana dia tidak sama seperti lelaki lain. Saya terpedaya dengan sikap lembutnya.

Tambah Sofia lagi, beliau hanya mahu dinikahi supaya bayinya nanti mempunyai bapa apabila dilahirkan nanti.

Bayi ini tidak berdosa dan saya tidak mahu dia malu dengan statusnya apabila besar nanti. Mr X tidak patut buat begini. Saya tidak pernah berkira, malah sudah banyak berkorban terutama ketika dia berdepan masalah kewangan.

Siapa agaknya pemuzik rock lagenda tersebut? Harapnya beliau tidak terus lari daripada masalah dan kesilapan beliau. Jadilah seorang lelaki yang bertanggungjawab.

Sumber Berita : BH ONLINE

May 21st, 2015

Gejala pembuangan bayi di Malaysia kini berada di angka yang sangat membimbangkan. Seakan manusia tidak lagi mempunyai hati ataupun perasaan apabila mereka dengan kejam sanggup membuang bayi di tong sampah. Malah ada di antara mereka yang sanggup membunuh bayi tidak berdosa untuk menutup aib ataupun maruah mereka yang sudah musnah akibat dibuai cinta dan hawa nafsu.

Peka dengan isu tersebut,  pengacara popular Daphne Iking  menerusi laman Facebook miliknya telah menawarkan pertolongan kepada mana-mana individu yang merasa takut dan tidak tahu untuk berbuat apa serta mendapatkan pertolongan ketika sedang hamil anak luar nikah.

If you know anyone who is pregnant and single and unwed – and doesn’t know what to do, please PM me. I can help ok? It must be so terrifying and lonely finding out you are pregnant. Please don’t throw your baby away.

Niat Daphne untuk membantu mereka yang sedang buntu dan terjebak di dalam masalah sosial tersebut telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Ramai yang menyokong niat murni beliau.

Tidak dapat dinafikan kami sendiri merasa terkejut dengan sikap sesetengah manusia yang berlaku kejam dan sanggup mengambil nyawa bayi yang tidak bersalah. Terutama sekali dalam kes terbaru di mana mayat bayi dipotong 15 ditemui tanpa kepala. Semoga niat Daphne Iking ini akan membuka mata gadis yang hamil anak luar nikah di luar sana untuk tidak takut dan mengorbankan nyawa bayi mereka.

 

May 7th, 2010

jauhi zina

Tahukah anda semua yang di Malaysia seorang anak luar nikah dilahirkan setiap 17 minit? Ini bukan fakta ciptaan kami tapi adalah hasil kajian daripada badan-badan tertentu. Sebab itulah bila anda baca suratkhabar terutamanya Harian Metro, mesti ada cerita buang bayi. Buang kat tong sampah la, buang kat tepi masjid la, buang kat mangkuk tandas la. Memang kejam dan menyeramkan.

BeautifulNara dengan kesedaran sivik dan rasa bertanggungjawap ingin mengajak pembaca-pembaca semua untuk merenung situasi ini. Kami rasa perkara ini adalah tanggungjawap kita semua. Lagi-lagi untuk kita yang beragama Islam. Tak kiralah sama ada anda seseorang lelaki bujang, anak gadis, seorang ayah atau pun seorang ibu. Kita semua ada tanggungjawap masing-masing untuk membantu menghalang gejala ini daripada menjadi semakin teruk.

Untuk ibu bapa di luar sana, kalau anak-anak nak berkahwin, bagi ajerlah. Jangan dihalang-halang. Dan kalau boleh buat ibu bapa yang ada anak perempuan, janganlah “menjual” anak anda dengan meletak hantaran yang terlampau tinggi. Ukurlah baju di tangan bakal suami anak anda. Kalau bakal suami anak anda seorang pekerja kilang, janganlah bebankan dia dengan meletak hantaran puluhan ribu ringgit. Jangan susahkan anak anda untuk berkahwin. Bantulah mereka.

anak dara

Untuk lelaki dan perempuan di luar sana yang masih belum berkahwin, jom kita semua kahwin cepat-cepat bila rasa sudah sampai masanya. Tak payah tangguh-tangguh. Masuk je meminang cepat-cepat. Cuba cari jalan terbaik dengan bakal pasangan anda untuk berkahwin tanpa berbelanja terlalu besar. Setelkan yang wajib terlebih dahulu. Benda-benda sampingan tue fikirkan lain kali.

Marilah kita bersama-sama berusaha menyahut seruan gambar-gambar poster yang kami paparkan ini. Kami yakin kita semua boleh buat begini. Sebab itulah kami bekerjasama dengan SetelKahwin untuk membantu pembaca-pembaca yang belum berkahwin agar dapat berkahwin secepat mungkin.