Written by Bella | December 6th, 2018

Pelakon Zarina Zainuddin antara ibu yang tidak pernah menjadikan kekurangan anak-anaknya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang menghidap penyakit autisme sebagai satu perkara yang memalukan. Beliau sentiasa bersikap positif dan sering berkongsi foto dan video anak-anaknya di akaun Instagram.

Walaubagaimanapun, ada pihak yang kurang senang hati dengan perkongsian Zarina sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata kurang ajar dan kejam.

Hati ibu mana yang tidak terguris dan terkilan saat anak yang dikasihi dihina sebegitu, namun Zarina tidak cepat melatah dan sebaliknya memberikan respon yang sangat tenang serta sempat juga mendoakan agar invidu tersebut mendapat rahmat.

Kesedaran tentang autisme dalam masyarakat di Malaysia belum begitu luas dan masih terdapat lagi kekeliruan dan salah tanggapan terhadap golongan ini. Kami respek dengan Zarina kerana beliau seorang ibu yang tabah dan kuat meskipun menerima pelbagai kritikan.

Kami doakan yang terbaik buat beliau dan teruskan usaha anda untuk meningkatkan kesedaran dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman kepada orang ramai tentang penyakit autisme.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | November 24th, 2017

Umum mengetahui pelakon Zarina Zainuddin mempunyai anak lelaki kembar Azal dan Azil yang menghidap penyakit Autism. Azal yang boleh berbicara tidak seperti abangnya Azil sememangnya seorang pemuda yang cukup meminati dan sering ingin beramah mesra dengan artis Malaysia. Selalunya, artis-artis pasti akan melayan kerenah Azal.

Walaubagaimanapun, hari ini kecoh di media sosial apabila Azal memberitahu beliau telah dimarahi dan dihalau oleh aktor popular Zul Ariffin. Eh, betul ke ni? Video dakwaan Azal itu dimuat naik oleh pemilik salon terkenal, Ridz Okumura menerusi akaun Instagramnya.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meluahkan rasa marah dan kecewa dengan sikap Zul yang dianggap biadap terhadap anak istimewa seperti Azal.

Sebagai seorang pelakon yang dikenali kami harap Zul tidak melakukan perkara tersebut kerana ia jelas menunjukkan sikap yang agak keterlaluan. Apa-apa pun, kita tunggu apa kenyataan Zul berhubung isu ini.