Written by AbangNara | May 19th, 2016

Anak-anak yatim sememangnya memerlukan kasih sayang dan perhatian yang lebih daripada orang sekeliling mereka. Bukan mudah untuk menggembirakan mereka, namun hujung minggu lalu, Abang Nara dan Aariz menyaksikan sendiri kegembiraan, gelak tawa, keriangan serta keterujaan mereka. Abang Nara dan Aariz pula yang rasa terharu melihat anak-anak yatim ini berseronok.

mcdonalds

Aariz belum apa-apa dah excited. Hehehe

Sebenarnya tak adalah susah sangat nak gembirakan hati anak-anak yatim ini jika kena caranya. Respek kepada Ronald Mcdonalds’ Charity House (RMCH) yang telah menganjurkan majlis tayangan filem Angry Birds The Movie bersama anak-anak daripada 10 buah rumah anak-anak yatim. Abang Nara perhatikan RMCH lakukan 5 langkah yang simple ini sepanjang majlis tersebut berlangsung.

1.Sambut kedatangan anak-anak yatim dengan Ronald Mcdonalds

mcdonalds

Sapa yang tak excited bila sampai-sampai je Ronald McDonalds ada depan mata. Gembira keriangan anak-anak yatim nie. Siap salam cium tangan. Si Ronald nie pun bagus buat lawak dengan diorang. Gelak je diorang

2. Posing ambil gambar dengan Ronald McDonalds

mcdonalds

Tengok tue comey-comey anak-anak yatim nie. Peluang sekali seumur hidup untuk bergambar dengan Ronald McDonald memang tidak boleh dilepaskan. Cikgu-cikgu pun join sekali. Excited la katakan.

3. Bawak keluar Angry Birds!!!
mcdonalds

Aariz menangis bila nampak Angry Birds nie sebab dia memang jenis penakut sikit. Tapi anak-anak yatim yang lain semuanya gembira tak ingat. Habis dipeluknya Angry Birds. Untuk makluman, Abang Nara pun sempat peluk jugak. Geram gebu sangat. Hehehe.

4. Tengok Angry Birds The Movie

mcdonalds

Dengan popcorn dan minuman disediakan, tiada yang lebih menggembirakan untuk anak-anak yatim ini selain daripada dapat menonton filem Angry Birds The Movie. Budak-budak kan memang suka tengok kartun. Satu dewan disediakan untuk mereka. Memang penuh dengan gelak tawa sepanjang tayangan berlangsung. Masing-masing happy tak ingat. Cerita pun best sangat-sangat.

5. Makan McDonalds

mcdonalds

Ambil gambar dah, tengok wayang dah, yang paling last dan paling penting sudah tentu makan McDonalds untuk mengenyangkan perut yang dah lapar. Abang Nara kagum dengan displin anak-anak yatim ini yang tak berebut-rebut. Semuanya baik beratur untuk mendapatkan McDonalds mereka. Sambil makan sambil kena kacau dengan Ronald McDonalds. Hari yang cukup gembira untuk anak-anak yatim ini.

mcdonalds

Aariz muka cuak. Hehehe

Abang Nara, Aariz dan anak-anak yatim yang hadir sangat-sangat enjoy, gembira dan seronok dengan majlis menonton filem Angry Birds The Movie anjuran Ronald McDonalds Charity House. It was a perfect day for us. Semoga lepas ini akan lebih banyak lagi majlis sebegini dianjurkan oleh badan-badan korporat lain. Menggembirakan hati kanak-kanak terutamanya anak-anak yatim adalah satu perbuatan yang amat mulia. Thumbs up untuk McDonalds atas keprihatinan mereka. Good job.

Untuk maklumat lanjut tentang Ronald McDonald House Charities, boleh layari : www.rmhc.org.my

Written by serenity | August 5th, 2012

Beberapa hari lepas, pasangan Scha Al-Yahya dan suaminya Awal Ashaari, juga merupakan Rakan Selebriti Watsons telah melawat Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah di Klang, Selangor. Ianya juga ialah pelancaran kempen promosi untuk 50 orang pelanggan Watsons yang memiliki kad VIP dan berbelanja lebih dari RM 50 untuk satu resit di Watsons bagi dipilih bagi menghadiri majlis Selebriti Aidilfitri Watsons. Majlis itu dijangka diadakan di Holiday Villa, Subang pada 8 September ini.
PhotobucketPhotobucket

PhotobucketDifahamkan yang di samping Scha dan Awal, anak-anak yatim Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Rumah Keluarga Kami di Kajang dan Promise Home in Kota Kemuning, Shah Alam juga akan menghadiri majlis itu nanti bersama pelanggan-pelanggan terpilih. Jadi mereka yang ingin menyambut Aidilfitri bersama anak-anak yatim, berbelanjalah di Watsons melebihi RM 50 untuk merebut peluang ini. Lagi 21 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Fanpage Watsons Malaysia.