July 12th, 2020

Sedang hangat dilanda kontroversi saman – menyaman antara pelakon kontroversi Zarina Anjoulie yang nampaknya masih berlanjutan dan tiada berpenghujung, aktres Amyza Aznan mengakui dia kini menerima banyak tawaran dalam bidang lakonan.

Dia yang lebih ingin dikenali sebagai kak Kaia, telah menerima semua tawaran tersebut kerana enggan mengecilkan hati orang lain, bukanlah kerana tamak semata-mata.

Sudah terlibat hampir 20 tahun dalam industri seni, Amyza yakin dengan perwatakannya yang kelakar serta bakat yang dimiliki menjadikan dirinya berjaya membawa pelbagai watak dalam telemovie dan filem.

“Hari ini kak Kaaia bergegas ke set shooting yang lain. Alhamdullilah.. rezeki semakin mencurah-curah bak hujan jatuh ke bumi. Bukan tamak, tapi tak nak kecilkan hati orang,”

Semakin popular setelah membintangi telemovie drama Budak Tebing, dia telah berkongsi mengenai perkembangan terbaru dirinya itu melalui laman instagram miliknya. Beberapa sedutan rakaman yang masih dijalankan turut dimuat naik untuk tatapan peminat.

View this post on Instagram

Siap turtle neck biru cari durian musang king arini .. durian oh durian.nak yg kuning..lemak.. tebal. ??

A post shared by KAAiA777kaaia7777 (@amyzaaznankaaia) on

View this post on Instagram

Tq @malaysiagazette Save the date… 29th of jun 2020, 4pm, astro.

A post shared by KAAiA777kaaia7777 (@amyzaaznankaaia) on

 Kes saman antara Amyza Aznan dan Zarina Anjoulie dilaporkan masih dalam proses mahkamah sejak April lalu sehingga kini.

Ditemui mStar online, Amyza turut memberitahu akan terus menuntut ilmu dalam bidang lakonan supaya dirinya kekal relevan dalam industri dan mahu memenangi lebih banyak anugerah pada masa hadapan.

Mengimbas kembali, Amyza pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ketika  Anugerah Skrin 2019 yang lalu menerusi drama Batik Zakiah.

Sumber: mStar Online

July 11th, 2020

Permohonan pelakon Zarina Anjoulie untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap pelakon Amyza Aznan dalam kes saman fitnah bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM3 juta dibenarkan Mahkamah Tinggi.

zarina anjoulie amyza aznan

Hakim Datuk Azimah Omar membenarkan permohonan Zarina Anjoulie selaku plaintif berikutan Amyza sebagai defendan gagal memfailkan memorandum kehadiran untuk menjawab saman itu pada tarikh yang ditetapkan.

“Saman yang difailkan plaintif adalah mengikut prosedur dan teratur, namun defendan telah memasukkan kehadiran untuk menjawab saman itu lewat.”

Amyza bagaimanapun diperintah Mahkamah untuk membayar kos RM2,500. Biarpun begitu, Peguam Rejinder Singh yang bertindak bagi pihak Amyza memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya akan memfailkan permohonan bagi mengetepikan penghakiman ingkar itu pada Isnin ini.

zarina anjoulie amyza aznan

Terdahulu, setelah dimaklumkan oleh peguam plaintif, Rejinder menyatakan Amyza telah memasukkan kehadiran untuk menjawab saman yang difailkan Zarina Anjoulie pada 1 Julai lalu.

Menurut laporan Bernama, peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Zarina Anjoulie ketika ditemui pemberita berkata plaintif akan memfailkan permohonan supaya mahkamah membuat taksiran ganti rugi berikutan keputusan tersebut.

zarina anjoulie amyza aznan

Sebelum ini, Zarina telah memuat naik video di laman Instagram pada 28 Mac lalu dengan menyatakan  bahawa “bantuan khusus” bagi penggiat seni yang diminta golongan artis kepada pihak kerajaan adalah tidak perlu kerana boleh memohon BPN seperti rakyat lain.

Dakwaan kenyataan fitnah mula timbul apabila Amyza dikatakan menghina Zarina seorang yang berperangai buruk, tidak bertanggungjawab dan sering menabur fitnah terhadap artis-artis lain menerusi aplikasi pesanan ringkas Telegram dalam satu kumpulan dikenali sebagai “BANTUAN COVID SENI 2020” sehingga Zarina mengalami kemurungan kerana dimalukan dan reputasinya turut tercalar.

zarina anjoulie amyza aznan

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am atas kehilangan reputasi berjumlah RM3 juta, ganti rugi teladan, faedah, permohonan maaf daripada defendan.

Sumber: BERNAMA

July 2nd, 2020

Pelakon Amyza Aznan mengemukakan notis tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi berjumlah RM5 juta terhadap peguam yang mewakili pelakon Zarina Anjoulie, Nurul Hafidzah Hassan.

amyza aznan saman peguam zarina anjoulie

Amyza menuntut permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari serta bayaran ganti rugi kerosakan berjumlah RM5 juta menerusi  notis yang disampaikan melalui The Law Chambers of Fauzi & Naseer.

Perkara ini berlaku susulan  tindakan Hafidzah yang mengeluarkan kenyataan berunsur tohmahan dan fitnah terhadap Amyza. Ia secara tidak langsung mampu merosakkan reputasi Amyza sebagai artis di media sosial milik Hafidzah dan laporan media.

Amyza membuat pengumuman dengan meminta Hafidzah datang menyerahkan dokumen kepadanya sendiri pada minggu lalu.

amyza saman zarina

“Selama ini semua sedia maklum saya mempunyai rekod bersih dalam industri hiburan.”

Peguam Amyza, Naseer Yusof berkata, permohonan maaf itu perlu dilakukan di media sosial, penerbitan media serta sidang akhbar dan selepas itu barulah budi bicara akan dilakukan terhadap tuntutan ganti rugi itu.

amyza aznan saman peguam zarina anjoulie

“Sekiranya ia tidak dilakukan dalam tempoh tujuh hari, maka kita akan memfailkan saman di mahkamah.”

Ujar Amyza, kenyataan fitnah yang dikeluarkan Hafidzah menerusi laporan media terbabit adalah mengatakan tindakan dirinya dan pelakon, Emelda Rosmila sebagai kempen pembunuhan karakter terhadap Zarina yang berniat jahat.

amyza aznan saman peguam zarina anjoulie

Terdahulu, Zarina menerusi peguamnya menghantar dua surat tuntutan berasingan terhadap Emelda dan Amyza yang menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta, iaitu tuntutan RM1 juta daripada Emelda dan RM3 juta daripada Amyza.

Bagaimanapun, permohonan Zarina supaya Mahkamah Kuala Lumpur memasukkan penghakiman terhadap Amyza yang gagal menjawab saman fitnah bagi menuntut ganti rugi RM3 Juta akan didengar pada 3 Julai ini.

Sumber: Gempak

April 17th, 2020

Kemelut antara Zarina Anjoulie dan Amyza Aznan makin berpanjangan apabila pelakon sensasi itu menuntut pampasan sebanyak RM3 juta kerana telah menjatuhkan reputasinya melalui ‘posting’ dan komen berbaur fitnah mengenai dirinya di aplikasi Telegram dan Instagram.

amyza aznan sindir zarina anjoulie

Bagaimanapun, nampaknya Amyza seakan tidak ambil pusing dengan apa yang berlaku dan tetap tenang meskipun dihujani pelbagai komen mengenai tuntutan itu.

Di Insta Story, dia sempat memuat naik beberapa mesej daripada peminat yang memberikan kata-kata semangatnya. Pada masa yang sama, Amyza juga memuat naik komen berbaur sindiran yang dilemparkan kepada Zarina.

amyza aznan sindir zarina anjoulie

amyza aznan sindir zarina anjoulie amyza aznan sindir zarina anjoulie

Tidak cukup dengan sindiran, ada segelintir netizen mempertikaikan tindakan Zarina yang mampu untuk melantik peguam tetapi mendakwa “menggunakan duit orang” bagi tujuan kerja amalnya.

Malah, mereka mendakwa Zarina sendiri yang membuka aibnya sendiri sehingga tercetus kontroversi tetapi akhirnya dia memfailkan saman.

amyza aznan sindir zarina anjoulie amyza aznan sindir zarina anjoulie

Terdahulu, Zarina menuntut pampasan sebanyak RM4 juta dan permohonan maaf daripada Amyza (RM3 juta) dan seorang lagi pelakon, Emelda Rosmila (RM1 juta) kerana membuat kenyataan menjatuhkan reputasinya. Zarina digambarkan sebagai individu yang jahat dan tidak bermoral kepada orang ramai dan mengalami trauma disebabkan insiden tersebut.

Sumber Berita : Forum CARI