Written by AbangNara | November 21st, 2013

Sebelum ini, terlalu banyak khabar angin yang bertiup mendakwa Amy Search sebenarnya sudah muflis. Sebelum ini Amy enggan memberi komen mengenai perkara tersebut, namun akhirnya dia tampil dan mengakui bahawa sudah muflis akibat perbuatan khianat kawan baiknya sendiri.

amy search muflis

Dunia sekarang ini memang penuh dengan dugaan. Kawan baik pun boleh jadi kawan yang menjatuhkan kita. Sukar untuk tahu siapa benar-benar kawan atau sekadar bersama kita untuk mengambil peluang. Kata Amy Search:-

Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan. Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya

amy search

Apa yang mengkagumkan Abang Nara, Amy Search sudah pun memaafkan kawan baiknya itu. Fuh~~ Memang hati murni sungguh Amy Search ini. Kalau Abang Nara mungkin sampai kiamat pun tak akan maafkan. Iyerlah orang itu dah mufliskan kita. Takkan senang-senang je nak redha kan? Kata Amy lagi:-

Saya dah ampunkan orang yang menganiaya saya. Terpulang kepada dia untuk selesaikan kes ini. Buat masa ini, dia memang langsung tidak berjumpa saya.

Apa lagi yang boleh saya buat selain bersabar dengan dugaan yang menimpa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya. Saya masih bersyukur kerana mempunyai kudrat untuk terus bekerja dan menampung keluarga

Abang Nara doakan agar Amy Search dan keluarga bersabar dengan dugaan yang menimpa dirinya ini. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu dihadapinya. Mungkin ada hikmah di atas kejadian ini. Semoga Amy Search tidak lagi tersilap memilih kawan di masa hadapan. Hati-hati ye semua. Info asal Mstar Online dan Harian Metro.

P.S: Prototaip Honda Civic Type R didedahkan