April 28th, 2018

Bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan, pelakon Atikah Suhaime merayu agar tiada pihak bertanya mengenai kisah kontroversi beliau sebelum ini kepada tunangnya, Awi Rafael yang sudah menerima diri beliau seadanya.

Saya harap dan mohon media tidak bertanya Awi tentang perkara lalu saya. Bukan apa, saya cuma rasa seperti tidak menghormatinya sebagai tunangan saya. Dia terima saya seadanya dan sejujurnya kami tidak pernah bercakap tentang itu sepanjang berkawan.

Sah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac lepas, Atikah mengakui Awi adalah insan yang banyak memberikan beliau semangat untuk terus bangkit saat beliau sudah berputus asa dalam kehidupannya.

Terdahulu, Atikah terlibat dengan kontroversi panas selepas foto bogel miripnya besama pelakon Idris Khan mula tersebar. Gara-gara itu beliau sudah tidak mendapat tawaran berlakon lagi dan terpaksa pulang ke tempat kelahirannya di Singapura kerana wang simpanan beliau sepanjang menjadi artis sudah habis digunakan.

Sumber Berita : mStar Online

September 27th, 2016

Dikatakan sebagai dalang dalam penyebaran foto bogel Atikah Suhaime dan Idris Khan, Ammar Alfian nampaknya sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi dan ingin mempertahankan dirinya.

Terdahulu, Idris menerusi kenyataan di H Live sebelum ini memberitahu ia perbuatan “musuh dalam selimut” dan ia seolah-olah ditujukan buat Ammar.

Menurut Ammar beliau pada awalnya tidak mahu ambil pusing akan perkara berkenaan atas nasihat isterinya, tetapi perkara sudah menjadi lebih teruk dan beliau dihukum tanpa sebab.

Saya memberitahu isteri, ramai orang suka menjatuhkan hukuman sekiranya seseorang berdiam diri apabila dikaitkan dengan sesuatu isu. Justeru saya tampil mendedahkan tuduhan yang dilemparkan Idris kepada saya.

Ikutkan saya tak nak mencampuri urusan mereka tetapi disebabkan kenyataan Idris mengatakan apa yang berlaku berpunca daripada ‘musuh dalam selimut’, saya tak boleh duduk diam. Saya perlu mempertahankan diri saya.

Pada masa yang sama, Ammar meluahkan rasa syukur kerana isterinya, Nelissa tidak terkejut ataupun melatah ketika mendengar gosip penyebaran foto bogel berkenaan.

Jelas Ammar, sebelum berkahwin beliau sudah berterus-terang tentang perangai beliau kepada isterinya.

Sebelum berkahwin lagi saya sudah bercerita kepada isteri perangai dan gaya hidup saya dari A sampai Z. Bukan apa, saya tidak mahu menipu atau menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan dia dan keluarganya. Pendek kata saya berjanji menjadi lebih baik.

Perkara yang dikongsi termasuk gosip mengatakan saya memiliki video seks bersama Idris dan Atikah. Jadi apabila dia dapat tahu timbul cerita lain berkenaan gambar bogel, dia tak terkejut.

Cuma dia bertanya kenapa saya pula yang dituduh sedangkan gambar itu memaparkan Idris dan Atikah? Dalam perkara ini dia sangat terbuka kerana sudah tahu saya macam mana.

Bagus Ammar, kalau tidak bersalah, teruskan berjuang untuk bersihkan nama anda. Berani kerana benar, takut kerana salah.  Maaf kami katakan, melihat daripada kenyataan Ammar yang mengatakan Idris menuduh beliau menyebar foto bogel berkenaan, ia menunjukkan bahawa foto itu memang wujud bukan? Hmmmph..

Sumber Berita : Harian Metro

September 23rd, 2016

Pernah dikaitkan mempunyai terlibat didalam video lucah “threesome” bersama Idris Khan dan Atikah Suhaime, nama Ammar Alfian sekali lagi menjadi tumpuan apabila foto bogel Idris dan Atikah tersebar baru-baru ini.

Ammar ternyata kecewa apabila dituduh sebagai dalang disebalik penyebaran tersebut apatah lagi tuduhan itu dibuat oleh rakan karibnya sendiri iaitu Idris.

Menurut Amar,Idris menerusi aplikasi WhatsApp mengirim dua mese yang menuduh beliau tentang penyebaran foto bogel itu yang telah menjejaskan kerjaya dan nama baik keluarganya.

Saya terkejut dan terkilan dengan mesej yang dihantar. Tuduhan itu dianggap melampau kerana saya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu. Sepatutnya sebagai kawan dia datang berjumpa dengan saya daripada membuat tuduhan melulu.

Apa saya boleh jawab kepadanya adalah banyakkan bersabar. Ini kerana saya juga bersabar dengan tindakannya itu. Kemudian, saya terus berdiam diri kerana berasakan perkara itu tidak ada kaitan langsung dengan saya.

Ammar mempersoalkan dimana nilai persahabatan buat Idris yang sanggup menunding jari kepada beliau atas kesalahan yang Idris lakukan sendiri.  Tambah Amar, Idris sebenarnya hanya berlagak baik.

Buat Ammar, jika benar individu didalam foto berkenaan bukanlah dirinya dan Atikah, untuk apa mereka berdua cepat melatah.

Pada masa yang sama Amar mencabar Idris supaya tampil dengan bukti yang kukuh sekiranya beliau adalah dalang yang dimaksudkan.

Kawan jenis apa yang sanggup menuduh saya atas kesalahan yang dilakukan sendiri. Kenapa perlu nak mereka cerita sedih dan berlagak baik sehingga mengalih topik dengan mahu mencari dalang kepada masalah ini?

Dalam perkara ini dia perlu tampil dengan bukti. Saya cabar dia datang berjumpa dengan saya. Jangan hanya pandai bercakap dan menuduh orang lain saja. Kata orang berani kerana benar, takut kerana salah.

Saya percaya Idris dan Atikah ada menyimpan gambar itu dalam telefon pintar masing-masing. Mungkin ada pihak lain yang cuba mengenakan mereka atau adakah ini strategi untuk mendapatkan publisiti? Itu saya tidak tahu. Apa yang saya tahu ialah saya bukan penyebar gambar bogel itu.

Kali ini kami bersetuju dengan Ammar, tidak perlu menunding jari kepada sesiapa berkenaan foto bogel berkenaan. Kalau foto itu tidak benar, apa yang perlu dirisaukan bukan? Dan kalau betul Ammar dikatakan sebagai dalangnya, sila tampil dengan bukti yang jelas agar perkara ini tidak terus menjadi teka teki dan berpanjangan.

Sumber Berita : Harian Metro