Written by AbangNara | May 5th, 2015

Alhamdulillah. Akhirnya tercapai jua hasrat adik Amira untuk bertemu Datuk Siti Nurhaliza. Sebentar tadi, penyanyi pujaan Malaysia ini telah pun menjejakkan kaki ke rumah anak mangsa nahas kemalangan di DUKE dan bertemu dengan adik Amira serta adik Aqila. Terharu Abang Nara melihat adik Amira memeluk erat Siti Nurhaliza. Rasa nak nangis plak tengok gambar mereka berdua.

siti nurhaliza

Sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza telah pun menafikan desas-desus dirinya telah mengambil Amira dan Aqila sebagai anak angkat. Namun siapa tahu dengan pertemuan ini akan terbuka jalan ke arah itu. Ramai peminat yang mahukan Siti Nurhaliza menjadi ibu angkat kepada anak-anak malang ini. Semoga ia akan menjadi kenyataan.

siti nurhaliza

Tahniah buat Siti Nurhaliza kerana telah meluangkan masanya melawat Amira dan Aqila. Ini adalah satu tanda keprihatinan yang amat bagus. Semoga menjadi contoh kepada selebriti-selebriti yang lain. Sumber Berita Harian.

Written by serenity | November 15th, 2011

Abby Abadi nampaknya mempunyai sebab tersendiri untuk menjawab mengenai artikel Joyah. Kami tak mahu komen panjang-panjang, korang boleh membaca sendiri kenyataan Abby seperti yang ditinggalkan dalam ruangan komen di entri sebelum ini. Bagi kami di BeautifulNara, hanya concerned tentang masa depan Abby dalam industri, itu saja, kerana wartawan juga adalah jambatan pada perhubungan seorang artis dengan orang ramai. Tetapi tuan punya diri, sememangnya berhak membela dirinya:

Lagi komen dari Abby:
Terima kasih diucapkan kerana Abby sudi melawat BeautifulNara. Kedatangan Abby adalah dialukan dan mungkin boleh menjernihkan keadaan buat mereka yang tidak memahami tindakan Abby. Selamat berjaya dalam kehidupan anda dan semoga beroleh kebahagiaan yang patut anda miliki.