June 29th, 2018

Tidak cukup dihimpit dengan gosip percintaan bersama Emma Maembong, kini pelakon berbangsa Cina, Alving Chong yang semakin popular membintangi drama-drama Melayu dipaksa pula untuk memeluk agama Islam sehingga tahap perlu bersunat jika ingin berkawan rapat dengan Emma.

Agak kecewa dengan mentaliti sesetengah masyarakat yang masih lagi ‘sempit’ dan ‘cetek’,  Alvin menjelaskan isu agama adalah hak peribadinya yang harus dihormati tanpa sebarang desakan ataupun paksaan.

Isu sering orang cakap pada saya adalah mengenai agama. Ramai bertanya, pintu hati saya tidak terbuka hatikah untuk memeluk Islam? Malah ada meminta saya ‘bersunat’ terlebih dulu kalau mahu berkawan dengan Emma Maembong. Saya ada ramai kenalan beragama Islam, malah pengurus saya sendiri seorang mualaf. Islam adalah agama indah tapi ia bukan masa saya lagi.

Kalau ada yang berniat untuk Alvin cuba memahami ataupun mempelari agama Islam sekalipun, lakukanlah dengan cara yang lebih berhemah. Bak kata Alvin, janganlah terlalu memaksa bab agama.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement