Written by Bella | April 4th, 2018

Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 31 semalam, tiada apa lagi yang Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur atas segala kejayaan dan nikmat yang dikurniakan kepada beliau.

Tiada apa lagi yang Aliff mahukan selain berdoa beliau dapat bertemu penciptaNya dalam keadaan beriman dan bukan ketika dirinya terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia.

Saya selalu berdoa supaya saya mati dalam keadaan beriman, bukan ketika sibuk mengejar harta dunia. Alhamdulillah, pada usia 31 tahun, semua sudah saya kecapi. Saya berharap kehidupan saya sentiasa mendapat rahmat Allah.

Dalam pada itu, Aliff menjelaskan tujuan beliau berkongsi setiap kejayaan beliau di media sosial termasuk rumah agamnya yang dibina atas tanah bernilai RM13 juta, dilengkapi 30 bilik serta barang kelengkapan rumah yang dibeli dari luar negara adalah untuk menjadi inspirasi buat mereka yang mahu menceburi bidang perniagaan.

Kami pasti setiap orang mahukan pengakhiran yang baik dalam hidup mereka terutama sekali apabila kembali kepada Allah SWT satu hari nanti. Apa yang penting jangan berhenti berdoa.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | April 3rd, 2018

Sering berkongsi foto-foto rumah agamnya di akaun Instagram, akhirnya impian Datuk Seri Syukri untuk mendiami mahligai mewah miliknya itu menjadi kenyataan selepas empat tahun menanti.

Aliff sempat berkongsi keadaan sebenar rumah tersebut yang berkeluasan 40,000 kaki persegi dilengkapi dengan 30 bilik termasuk bilik kebal dan kemudahan lain seperti gimnasium, surau, rumah khas untuk kucingnya Dodi dan ada juga sedikit lagi bahagian yang masih dalam pembinaan.

Menurut Aliff, rumah berkenaan yang dinamakan sebagai Palace of Aliff Syukri adalah untuk anak-anaknya dan mahu mereka tahu setiap kepayahan yang beliau harus lalui dalam bidang perniagaan. Bukan mudah untuk mencari sesuap nasi kan?

Tidak bersifat riak ataupun sengaja ingin menunjuk-nunjuk, Aliff mahu ia menjadi motivasi untuk orang lain diluar sana turut berusaha mencapai kejayaan sepertinya.

Dalam pada itu, Aliff juga berhasrat untuk mengundang beberapa peminat bertuah sebagai tetamu istimewa untuk majlis doa selamat yang akan diadakan pada hari Ahad ini.

Written by Bella | January 8th, 2018

Bukan perkara baru sebenarnya apabila Datuk Seri Aliff  Syukri sering berkongsi aset mahupun barangan mewah yang beliau ada di media sosial. Namun, tindakan beliau yang memuat naik video mengira wang yang banyak sehingga ratusan ribu ringgit di atas mejanya baru-baru ini dianggap agak melampau oleh sesetengah netizen.

Malah, seorang ahli ulama Ustaz Ahmad Husam menerusi akaun Facebooknya ada menegur tindakan jutawan kosmetik itu.

Menurut Ustaz Ahmad, Aliff tidak harus terlalu mempamerkan kemewahan yang beliau ada kerana khuatir perkara itu akan memakan dirinya nanti serta sikapnya itu juga mampu menimbulkan perasaan takbur dan riak .

Harapnya teguran Ustaz Ahmad itu dapat diterima baik oleh Aliff.  Tidak semestinya kita harus menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada walaupun dengan tujuan untuk memberikan motivasi untuk orang lain berjaya di luar sana.

Sumber Berita : Facebook Ustaz Ahmad Husam

Written by Bella | December 29th, 2017

Apa sahaja yang dilakukan oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pasti akan mendapat perhatian ramai. Aliff memang seorang yang suka berkongsi pelbagai perkara tentang kehidupan serta aktiviti sehariannya di media sosial.

Beberapa hari lalu, beliau ada memuat naik foto sepasang selipar jenama mewah Louis Vuitton yang digunakan beliau untuk pergi ke pasar malam. Foto tersebut  dikecam oleh netizen yang mendakwa Aliff masih lagi ingin terlalu riak dan menunjuk segala kemewahan yang beliau ada.

Mungkin sudah tidak dapat menahan rasa sakit hati kerana sering dikritik, Aliff meluahkan rasa kecewanya di Instagram terhadap netizen serta individu yang membuat parodi selipar tersebut yang seakan mempersendakan dirinya.

View this post on Instagram

awak rasa lucu kee..ada nmpak saya happy??😡😡 mcm gila je budak wecat ni.. . . utk pengatahuan anda ramai je org update ootd,makan dimana,naik kete apa, shopping,lokasi berada,d mana dan setiap kawasan dan apa yg dia buat.. tapi tak pun dikecam hebat mcm saya..mcm saya ni manusia paling jahat?? habis tu korang nak sy berlakon setiap masa dlm keadaan merana ,susah dan terseksa ke..anda tahu tak betapa susahye saya ketika awal saya berniaga bukan saya makan rasuah atau main no ekor sampai sy jadi mcm ni… . . . korang hnya nampak sy sekrang😓😓..sy pakai smua ni x minta duit org pun….kalau sy pakai baju buruk korang ckp poyo,kalau makan ditepi jalan korang cakap mcm tak mampu makan dikedai makan.. kalau makan di hotel korang kata riak?? kalau pakai selipar gi masjid korang cakap kenapa pakai kasut buruk gi masjid.. so korang nak apa? nak saya ikut life mcm korang ke?? korang pun bukan betul sgt pun..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Bersabarlah, kita tidak boleh puaskan hati semua orang dan berpura-pura semata-mata kerana ingin mengikut kehendak mereka. Apa yang penting bahagiakan diri sendiri sahaja. Kalau tidak mahu sakit hati, mungkin Aliff hanya kongsikan perkara yang sesuai di media sosial.