March 25th, 2020

Pernah menyatakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi serta memiliki segulung ijazah, akhirnya impian Datuk Seri Aliff Syukri menjadi kenyataan apabila diterima masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM). Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mempertikaikan kelayakannya dan menuduh dia menggunakan kekayaannya untuk masuk ke universiti tersebut.

aliff syukri uitm

Aliff sangat terkilan dengan dakwaan itu sedangkan apa yang diperolehnya itu adalah atas usaha dan pengorbanannya. Gigih belajar selama enam bulan untuk memastikan dirinya lulus ujian kelayakan.

Korang sangka tak, saya diterima masuk UiTM? Pertama kali masuk UiTM. Saya sedih sangat sebab ramai orang cakap saya masuk universiti ini sebab pakai duit atau rasuah.

Sedangkan saya belajar nak dekat dua tahun untuk saya lulus peperiksaan ini. Dengan usaha saya belajar enam bulan nak lulus peperiksaan, akhirnya saya lulus.

Bakal mengikuti kursus Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa yang bertempat di UiTM Shah Alam, Aliff mengatakan dia mahu mendapatkan segulung ijazah kerana enggan dipandang rendah serta dilabel sebagai seorang yang tiada pendidikan.

aliff syukri uitm

Terdahulu, Aliff juga berkata dia ingin membuktikan dirinya masih waras dan tetap bersemangat untuk terus berjaya meskipun sering dikecam serta dihina netizen.

Sumber Berita : Astro Gempak

March 19th, 2020

Terpalit dengan pelbagai kontroversi, baru-baru ini ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim memberikan teguran secara terbuka kepada usahawan kosmetik itu, meminta agar anaknya menjadi seorang profesional, berhenti menyanyi dan jangan terus gilakan publisiti sehingga memalukan keluarga.

aliff syukri

Aliff sebelum ini memberitahu dia sudah pun memohon ampun kepada ibunya dan berjanji tidak akan lagi bersikap riak menayang kemewahan di media sosial, tetapi dia  bertegas bahawa menyanyi serta lagu adalah jiwanya dan akan tetap mengeluarkan lagi lagu.

Kalau diminta untuk tidak buat lagu lagi, dia macam inilah, lagu adalah jiwa saya. Jiwa saya ni ala-ala macam Faizal Tahir. Saya rasakan, tak salah. Jadi walaupun orang tak suka, tidak mengapalah saya keluarkan juga.

aliff syukri lagu

Walau komposer tak mahu buatkan lagu, saya yang melabur untuk mereka buka lagu untuk saya. Ibaratnya macam itulah.

Pada masa yang sama, Aliff akui bahawa dirinya terasa hati dengan teguran tersebut dan menyifatkan tidak wajar ibunya berbuat demikian. Dia  tertekan kerana teguran itu  membuatkan lebih ramai netizen menyalah tafsir tentang dirinya selepas ini.

Sumber Berita : Media Hiburan

March 16th, 2020

Pernah meluahkan hasrat untuk menjadi seorang pelajar yang memiliki segulung ijazah dan ingin menjadi orang pandai, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi rasa gembira dan syukur apabila dia telah diterima masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai pelajar separuh masa.

aliff syukri sambung belajar uitm

Bakal menyambung pelajaran dalam kursus Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa yang bertempat di UiTM Shah Alam, Aliff menerusi akaun Instagramnya berkata dia bukanlah bodoh seperti disangka orang lain.

Pada masa yang sama, dia ingin membuktikan dirinya masih waras dan tetap bersemangat untuk terus berjaya meskipun sering dikecam serta dihina netizen.

aliff syukri uitm aliff syukri uitm

Berita itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang mengucapkan tahniah kepada Aliff dan ada juga seakan mempertikaikan kelayakan usahawan itu diterima masuk ke universiti.

aliff syukri uitm aliff syukri uitm

Apa-apapun, semoga Aliff dapat menghabiskan pelajarannya dan dapat menambah ilmu dalam bidang perniagaan. Jadilah contoh yang baik dan mungkin selepas ini boleh kurang mencetuskan kontroversi.