Written by Bella | August 8th, 2018

Walaupun sering dikecam, model dan pelakon seksi, Alicia Amin masih tidak serik menimbulkan isu yang sensitif dan mengundang kontroversi. Kali ini, Alicia menerusi akaun Twitternya menyatakan golongan LGBT boleh menipu sekiranya mereka mahu menderma darah.

Kenyataan itu dibuat oleh Alicia selepas dia berkongsi ‘tweet’ daripada Ir. Khairil Nizam yang memuat naik foto syarat kelayakan untuk seseorang itu menderma darah.

Untuk pengetahuan anda, golongan homoseksual dan individu yang melakukan seks rambang dilarang keras untuk menjadi penderma kerana dikhuatiri mempunyai penyakit HIV yang boleh berjangkit melalui darah.

Status yang dimuat naik oleh Alicia itu dikecam hebat oleh netizen. Mereka menggelar Alicia seorang yang bodoh serta tidak bertanggungjawab kerana mengundang bahaya kepada orang lain. Malah, Dr Amalina Bakri juga memberikan penjelasan lanjut bahawa seseorang itu tidak harus menipu tentang sejarah ataupun tahap kesihatan mereka kerana ia boleh membahayakan nyawa orang lain.

Derma darah itu memang satu amalan yang mulia, tetapi janganlah penting diri sekiranya  boleh membahayakan orang lain. Rasanya perkara ini tidak perlu menjadi perdebatan lagi, tiada guna mempertahankan LGBT jika ia mengundang keburukan kepada orang lain.

Sumber Berita : Forum CARI & Ir.Khairil Nizam