February 4th, 2015

Hati ayah mana yang tidak terharu apabila anak sendiri tampil mempertahankan dirinya dengan menepis tohmahan dan fitnah daripada ibu tiri sendiri. Buat anda yang tidak tahu, baru-baru ini anak sulung Awie hasil perkahwinannya dengan Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha telah memuatnaik status yang mem’backup’ ayahnya dan mendakwa segala kata-kata Rozana Misbun adalah palsu semata-mata. Kata orang, kanak-kanak tak pandai menipu. Apa yang ditulisnya, itulah kenyataan.

aleeya antasha

Awie jelas terharu dengan apa yang telah dilakukan oleh anaknya yang berusia 15 tahun itu. Kalau ada yang terfikir Awie sengaja menyuruhnya anaknya berbuat demikian, sila padamkan fikiran anda itu. Awie tak pernah sekali pun menyuruh/memaksa anaknya membuat kenyataan sebegitu. Ia lahir dari hati Aleeya sendiri. Kata Awie:-

Luluh sebenarnya hati saya apabila membaca posting yang dimuatnaik olehnya (Aleeya) itu. Sampai menitis air mata saya. Tidak sangka dia sanggup berbuat demikian demi untuk pertahankan saya.

Apapun, dia sudah besar. Dia sudah 15 tahun. Dia beritahu saya dia muatnaikkan status berkenaan kerana dia sudah tidak tahan lagi apabila membaca kenyataan dari pihak sebelah sana dan dia mahu ceritakan keadaan yang sebenar.

Bayangkan seorang anak yang saya tidak ajar untuk berbuat demikian, tiba-tiba buat macam itu? Dan selalunya, yang akan pertahankan saya adalah anak perempuan saya yang kedua iaitu Putri Aleefa Antasha, 11. Tapi, inilah kali pertama dia berbuat demikian

aleeya antasha

Sebenarnya sedih juga dengan kemelut yang sedang melanda keluarga Awie ini. Habis semua cerita dalam kelambu terbuka. Lagi sedih apabila anak-anak yang masih kecil turut masuk campur. Sukar nak cakap siapa betul siapa salah. Cuma Abang Nara berharap segala permasalahan mereka dapat diselesaikan secepat mungkin. Kalau berlarutan, makin banyak pekung yang terbuka. Siapa yang malu? Awie dan keluarga mereka juga. Sumber portal Murai.

January 31st, 2015

Aleeya Antasha adalah anak sulung Awie hasil perkahwinannya dengan Arni Nazira. Aleeya telah memuatnaik satu status di Facebook dan Instagramnya yang mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu tirinya, Rozana Misbun di media baru-baru ini adalah palsu. Sebelum ini Rozana ada memaklumkan yang dia sentiasa sibuk menjaga anak-anak. Tak pernah ada masa untuk keluar rumah melakukan kecurangan kerana masanya dipenuhi dengan anak-anak.

aleeya antasha

Namun menurut Aleeya Antasha, apa yang dimaklumkan oleh ibu tirinya itu adalah rekaan semata-mata. Hampir kesemua yang dikatakan adalah palsu. Tulis Aleea di laman sosialnya:-

aleeya

aleeya

Fuh~~~ Satu demi satu dakwaan muncul daripada setiap pihak tentang kes ini. Tak tahu mana satu yang betul. Sukar untuk mempercayai mana-mana pihak. Terlalu banyak versi. Senang cerita, kita selaku orang luar setakat dengar sahajalah. Percaya jangan. Kita tunggu keputusan mahkamah sahaja kelak. Tak gitu?