Written by AbangNara | October 17th, 2012

Tahukah anda filem Aku Terima Nikahnya sudah pun mengutip RM1.3 juta? Ini satu angka yang sangat memberangsangkan. Pastinya lakonan romantis hebat antara Ady Putra dan Nora Danish menjadi penyumbang kepada jumlah kutipan ini.
aku terima nikahnya

Bercakap mengenai adegan romantik di dalam filem ini, Ady Putra menganggap ianya adalah satu tanggungjawab kepada dirinya untuk melakonkan babak tersebut dengan baik. Kata Ady Putra kepada Kosmo.

Saya melihat ia (adegan romantik) sebagai satu keperluan cerita dan sudah menjadi tanggungjawab buat saya melaksanakannya dengan baik. Malah, salah satu sebab saya menerima tawaran berlakon dalam filem ini juga adalah kerana jalan cerita romantiknya yang lain daripada lain.

ady putra

Sebagai seorang pelakon, nampaknya Ady Putra memang betul-betul menghayati watak yang diberikan. Apa pun yang penting, cinta lokasi antara Nora Danish dan dirinya tidak pernah timbul. Malah isteri Ady Putra memahami tugasnya sebagai seorang pelakon.

Apabila berlakon dalam filem ini semua pihak terutamanya isteri faham dengan watak yang dibawakan dan saya sekadar menjalankan tugas sebagai pelakon. Jadi, tidak timbul sebarang isu termasuk membabitkan cinta di lokasi

Buat yang masih belum menonton, sila segera ke pawagam kerana minggu ini ialah minggu terakhir tayangan. Jangan lepaskan peluang untuk melihat aksi romantis antara Ady Putra dan Nora Danish. Pasti anda akan teruja!!!

P.S: Potrait ikon popular daripada manusia.

Written by serenity | October 9th, 2012

Gandingan serasi ini sememangnya mempunyai peminat yang ramai dan mungkin itu akan menjadi resipi kejayaan bagi filem terbaru Metrowealth iaitu ‘Aku Terima Nikahnya’? Apa pun hasilnya, realitinya kutipan filem-filem Melayu di Malaysia untuk tahun ini bolehlah dikatakan lesu, dan baru-baru ini kelesuan itu telah dibakar dengan sambutan hangat untuk filem Hantu Kapcai yang setakat ini mendapatkan kutipan memberangsangkan di pawagam.

11 Oktober ini akan menyaksikan pembukaan filem yang ditunggu-tinggu ini dan dua pelakon utama yang begitu menyerlah melaui drama Tentang Dhia iaitu Adi Putra dan si hot mama Nora Danish yang menerajuinya telah hadir ke majlis pratonton filem ini yang berlangsung 8 Oktober lepas (semalam). Adi kelihatan segak dengan kemeja putih dan seluar maroon manakala Nora Danish muncul dengan gaun simple warna hitam dan kelihatan anggun.


Photobucket
Photobucket

Khabarnya ramai peminat-peminat yang datang ke pratonton memberi sokongan termasuk peminat-peminat Adi Putra yang dipanggil Hotlovers, peminat Mon Ryanti iaitu Monlovers dan juga peminat-peminat Nora Danish. Tampak sweet sekali mereka bukan? Lagi lima keping gambar dari majlis pratonton Aku Terima Nikahnya dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Metrowealth Pictures.

 
Written by AbangNara | October 5th, 2012

Gandingan hebat Adi Putra dan Nora Danish di dalam filem Aku Terima Nikahnya membuatkan ramai orang tidak sabar menanti tayangan filem ini. Bakal ditayangkan pada 11 Oktober ini, kemesraan Nora Danish dan Adi Putra di dalam filem pernah menimbulkan kontroversi yang sangat hangat.

aku terima nikahnya

Filem Aku Terima Nikahnya mencerita tentang pergolakan rumahtangga Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish) selepas Johan mengalami kemalangan jalan raya. Adakah rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia atau hancur akibat tragedi ini? Abang Nara tengok trailer pun dah terasa keromantikan filem ini.

Pastikan anda membawa tisu yang banyak untuk mengelap air mata yang bakal tumpah. Kalau anda ingin memenangi tiket percuma menonton filem Aku Terima Nikahnya ini, Metrowealth ada membuat satu pertandingan yang amat mudah. Boleh baca cara-cara menyertainya di laman web MIG Online.

aku terima nikahnya

Pastikan anda kosongkan tarikh 11 Oktober untuk menonton filem romantik lakonan Adi Putra dan Nora Danish ini. Gyeah ~~~~

Written by serenity | September 26th, 2012

Memang kena pula pada masanya apabila filem Aku Terima Nikahnya bakal ditayangkan tidak lama lagi dan majalah GLAM Lelaki pula menampilkan Adi untuk isu Oktober 2012. Adi kelihatan kacak menggayakan sut Prada dalam gambar yang dihasilkan oleh Chuan Looi dari Yipieyaya Studio.


Filem Aku Terima Nikahnya bakal ditayangkan mulai 11 Oktober di Malaysia dan Singapura secara serentak. Kalau anda masih ingat, gandingan utama bagi filem ini mula popular melalui drama Tentang Dhia sehinggakan ramai yang ternanti-nantikan gandingan Adi Putra dan Nora Danish dalam filem ini pula. Apa kita kita lihat gambar-gambar Adi dan Nora dari filem ini, memang nampak romantik dan serasi bagaikan gambar-gambar photoshoot pula.


Photobucket
Photobucket

Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Adi Putra.