July 27th, 2016

Kebiasaannya kalau artis-artis buat persembahan, perjumpaan peminat dan konsert, tempat yang akan dipilih sudah tentu di sekitar Kuala Lumpur. Jarang sungguh aktiviti-aktiviti sebegini diadakan di luar ibu kota, lebih-lebih lagi di pantai timur. Kesian kat para peminat di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang tak ada kesempatan untuk bertemu artis kegemaran mereka. Mereka juga punya hati dan perasaan.

akim and the majistret

peminat Akim & The Majistret kat pantai timur mesti teringin nak jumpa diorang

Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia dan untuk menggembirakan hati para peminat di Pantai Timur, Digi telah pun membawa Akim & The Majistret menjelajah Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu minggu lalu. Abang Nara telah pun berkongsi video persembahan mereka secara ‘live’ di Facebook BeautifulNara. Memang happening sungguh. Para peminat di pantai timur memang sporting. Jelas terpancar riak gembira di wajah mereka dapat bertemu Akim & The Majistret. Seronok tak ingat.

akim

Akim & The Majistret tengah bersiap sedia nak jumpa para peminat

Apa yang lagi best ialah para peminat yang hadir bukan sekadar dihiburkan dengan nyanyian, tetapi juga berkesempatan berhari raya bersama Akim. Siap ada sesi autograf, ada makan-makan, boleh ambil gambar dan juga berborak-borak. Senang cerita macam ini sesi ramah mesra para peminat bersama Akim anjuran Digi. Seronok tengok keterujaan Akim melayan peminatnya. Siap dapat hadiah lagi.

akim

yeah dapat hadiah dan juga dapat tangkap gambar dengan Akim

akim

sesi autograf bersama peminat. Untunglah dapat jumpa face to face

Perjumpaan yang direalisasikan oleh Digi ini bukan sahaja untuk para peminat, tetapi adalah untuk pengguna setia, pembekal dan pengedar Digi. Memang banyak untungnya kalau korang guna Digi. Dapat pergi event-event macam ini. Abang Nara pun dah lama berpindah kepada Digi. Setakat ini memang puas hati sangat-sangat. Coverage 4G Digi memang terbaik. Laju yang amat.

akim dan digiDan untuk makluman anda, pasangan suami isteri, Akim dan Stacy atau lebih dikenali sebagai KimC merupakan duta produk Digi untuk tahun 2016. Jadi kalau korang peminat setia diorang berdua, kenalah pakai Digi sebagai tanda sokongan. Itu yang sejak bulan Ramadhan lepas ada video tentang kisah mereka berdua. Kalau korang terlepas tengok, boleh ushar di www.digi.com.my.

Di harap pada masa hadapan, Digi akan membawa Akim dan Stacy ke negeri-negeri di selatan Malaysia pula. Peminat-peminat Johor, Melaka dan Negeri Sembilan mesti teruja nak jumpa pasangan suami isteri ini. Jadi untuk pastikan korang tak terlepas sebarang aktiviti Digi, jangan lupa layari Facebook Digi dan juga www.digi.com.my.

June 24th, 2016

Pada hari Selasa yang lalu, selepas selesai menunaikan solat terawih, Abang Nara pun duduk bersantai di atas sofa. Tenang rasanya apabila isteri tercinta sudah berjaya menidurkan anak-anak. Boleh la nak rileks sikit. Tengah syok duduk sambil tak buat apa, bini Abang Nara datang dengan muka comelnya dan berkata “Abang cepat bukak Astro Ria tue ada Akim dan Stacy kat MeleTOP”.

stacy akim raya

Sambil melentokkan kepala ke bahu isteri tercinta, Abang Nara pun duduklah melayan gelagat Akim dan Stacy di dalam MeleTOP. Kelakar jugak rupanya laki bini nie. Seronok mendengar cerita Akim tentang perangai Stacy yang liat nak bangun sahur. Ada sekali tue siap Akim kena marah sebab kejutkan Stacy. Kah, kah, kah. Teringat Abang Nara pun dulu pernah buat camtue kat bini masa awal-awal kahwin. Hehehe.

stacy akim raya

sweet gila pasangan suami isteri nie

Apa yang menariknya ialah semua detik-detik yang diceritakan oleh Akim dan Stacy di MeleTOP ini boleh ditonton di dalam web episod “Lebaran Akim dan Stacy”. Abang Nara dah layan dah kesemua 5 episod yang telah diupload ke applikasi Capture. Buat yang tak tahu, Capture adalah sebuah aplikasi simpanan foto khas untuk pengguna DIgi sahaja yang membolehkan penyimpanan gambar serta video yang diambil secara talian. Setiap pengguna Digi akan mendapat 30GB sehingga 100GB ruangan simpanan berdasarkan pelan Digi yang digunakan.

stacy akim raya

Sesungguhnya yang paling best episod MeleTOP Selasa lepas ialah apabila Akim dan Stacy berpadu suara menyanyi lagu raya mereka yang bertajuk “Lebih Erat”. Boleh tahan catchy jugak lagu nie. Comel je tengok Akim dan Stacy yang bakal menyambut Aidilfitri kali pertama sebagai suami isteri.

Banyak lagi gambar-gambar, video-video, cerita-cerita dan aksi-aksi ekslusif Akim dan Stacy yang anda boleh lihat dengan memuatturun applikasi Capture. Kalau tak tengok, memang serius rugi. Hanya perlu cari “Capture” di Apple Store atau Google Play Store. Jangan lupa ke laman web rasmi Digi https://capture-app.com/ms/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehebatan applikasi Capture yang akan memudahkan anda menyimpan segala kenangan di dalam telefon pintar anda.

June 9th, 2016

Akim dan Stacy adalah antara pasangan suami isteri selebriti kegemaran Abang Nara. Secara jujur, diri ini menarik nafas lega apabila percintaan mereka yang bertahun-tahun berakhir jua dengan ikatan perkahwinan. Pelbagai rintangan terutamanya daripada segi perbezaan agama yang terpaksa dihadapi oleh mereka berdua. Namun ternyata keutuhan dan ketulusan cinta Akim dan Stacy berjaya membuatkan mereka mengharungi segala rintangan sehingga bergelar suami isteri pada tanggal 5 Februari lalu.

akim stacy

Akim, Stacy dan Bella

Majlis perkahwinan Akim dan Stacy telah pun berlangsung dengan gilang gemilangnya. Banyak gambar-gambar sekitar majlis telah pun dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini untuk tatapan para peminat mereka. Namun rupa-rupanya, ada banyak lagi gambar perkahwinan koleksi peribadi milik Akim & Stacy yang selama ini disimpan rapi untuk tatapan mereka berdua.

Namun bekerjasama dengan applikasi Capture Akim dan Stacy telah pun memuatnaik berpuluh-puluh gambar koleksi peribadi mereka khas buat pengguna Digi. Jom kita ushar 3,4 keping gambar yang telah dimuat naik oleh Akim dan Stacy menerusi akaun Capture KimCy.

akim stacy

akim stacy

akim stacy

akim stacy

akim stacy

akim stacy

Ok apa benda applikasi Capture nie sebenarnya? Untuk pengetahuan anda, Capture adalah sebuah aplikasi simpanan foto yang membolehkan pengguna menyimpan gambar serta video yang diambil secara talian. Setiap pengguna Digi akan mendapat 30GB sehingga 100GB ruangan simpanan berdasarkan pelan Digi yang digunakan. Selaku seorang pengguna Digi, Abang Nara memang mengoptimumkan penggunaan Capture dengan memindahkan kesemua gambar dan video yang diambil ke sana setiap hari untuk memastikan memory telefon tak full. 100GB bila nak habis kan? Upload je sampai lebam.

akim stacy

Untuk makluman, bermula 6 Jun ini, dengan kerjasama Digi, Akim dan Stacy akan muncul di dalam drama 5 episod yang mengisahkan kehidupan mereka selepas bergelar suami isteri. Fuh mesti best nie. Lagi lagi tahun ini Akim dan Stacy akan berpuasa dan berhari raya sebagai suami isteri buat pertama kalinya. Teringin juga nak melihat gelagat Stacy bangun pagi memasak sahur untuk Akim, menahan lapar dan dahaga di waktu siang, dan kemudiannya memasak untuk berbuka.

Tentu seronok juga melihat Akim memberi kata-kata semangat, mengusik Stacy yang sedang kelaparan dan mengucapkan tahniah kepada Stacy kerana berjaya berpuasa. Abang Nara yakin detik-detik itu akan dirakamkan di Capture KimCy dan juga ditayangkan di dalam drama istimewa Akim dan Stacy ini. Boleh tengok sedutan episod Akim dan Stacy bergaduh pasal baju di sini. Kelakar gila.

akim stacy

Buat anda yang merupakan pengguna Digi dan masih belum memuatturun applikasi Capture, silalah berbuat demikian di Apple Apps Store atau Google Play dan cuma search “Capture” untuk download. Jangan lupa ke laman web rasmi Digi https://capture-app.com/ms/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehebatan applikasi Capture yang akan memudahkan anda menyimpan segala kenangan di dalam telefon pintar anda.

June 7th, 2016

Sebagai seorang saudara baharu didalam Islam, penyanyi Stacy mengakui beliau cukup teruja untuk menjalani ibadah puasa. Namun, Stacy juga tekad untuk mendalami agama Islam dengan lebih baik dan betul-betul mendalami erti sebenar Ramadhan.

Percubaan berpuasa sebelum ini sedikit sebanyak mengajar saya memahami erti sebenar Ramadan. Insya-Allah, untuk tahun ini saya mahu melakukannya dengan sebaik mungkin. Terima kasih kepada Akim yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya mendalami Islam.

Saya bukan saja teruja menjalani ibadah ini malah seronok menyediakan juadah bersahur dan berbuka untuk suami. Tambahan pula awal-awal lagi dia sudah minta saya menyediakan masakan kegemarannya.

Stacy juga mahu memberikan sepenuh perhatian untuk membaca Al –Quran sepanjang bulan suci ini dan mengupah seorang ustazah untuk mengajar beliau mengaji di rumah.  Malah Stacy juga mengurangkan aktiviti seninya untuk tujuan berkenaan.

Selama ini, Akim banyak mengajar saya di rumah. Dia okey cuma apa saya lakukan ini adalah atas inisiatif sendiri. Dalam seminggu, tiga atau empat kali ustazah datang ke rumah. Pada masa sama, anak saya Bella juga boleh belajar mengaji.

Justeru, sepanjang Ramadan ini saya mengambil keputusan mengurangkan aktiviti seni. Kalau ada pun sekadar memenuhi jemputan majlis berbuka puasa. Bukan apa, selaku saudara baru perlu lebih banyak belajar mengenai Islam.

Walaupun tidak terus pandai, sekurang-kurangnya saya belajar sedikit demi sedikit. Dalam perkara ini, Bella juga teruja untuk turut serta.

Perlahan-lahan cuba untuk membaca Al-Quran dan jangan khuatir jika silap. Kerana daripada kesilapan barulah kita tahu apa yang betul dan tidak maka ia akan senang difahami. Kami harap Stacy jangan putus asa dan banyak berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Sumber Berita : Harian Metro